Ketahui Tanda-Tanda Awal Kejadian Kepala Air
Ketahui Tanda-Tanda Awal Kejadian Kepala Air|SEMPENA musim hujan yang berlarutan sehingga hujung bulan Disember ini, anda disarankan sentiasa membuat persiapan ketika banjir berlaku dan dilarang melakukan aktiviti riadah seperti mandi-manda atau berkelah di kawasan persisiran laut, sungai dan air terjun. Terdapat pelbagai kes kematian berlaku baru-baru ini disebabkan kejadian seperti 'Kepala Air'. Kepala Air atau digelar sebagai mini tsunami ini berpunca dari aliran air dalam kuantiti yang besar dan deras. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai atau puncak air terjun.
1. Pasir Bergerak Laju
Antara punca awal berlakunya Kepala Air adalah keadaan pasir yang bergerak laju secara tiba-tiba. Selain itu, kelihatan permukaan sungai yang keruh dan menghasilkan berbuih.
2. Lihat Keadaan Langit Hulu Sungai
Selain itu, lihat keadaan langit yang gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
3. Bunyi Dentuman Gerakan Batu Yang Kuat
Tips ketiga adalah bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air yang kuat dari hulu sungai. Air sungai secara tiba-tiba akan kelihatan berbuih dan keruh (daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
4. Perubahan Arus dan Deruan Air Yang Kuat
Selain itu, anda juga perlu perhatikan perubahan arus sungai yang kuat dan keadaan air sungai yang meningkat secara tiba-tiba. Bunyi air yang dibawa oleh kepala air selalunya amat kuat didengari.
Oleh itu, anda yang berada di luar sana perlu beringat-ingat ketika melakukan aktiviti seperti mandi-manda dan berkelah ketika musim tengkujuh ini. Semoga perkongsian Ketahui Tanda-Tanda Awal Kejadian Kepala Air ini bermanfaat buat anda semua!
Ketahui Tanda-Tanda Awal Kejadian Kepala Air
Berikut dikongsikan tanda-tanda awal kejadian 'Kepala Air' buat panduan anda semua:1. Pasir Bergerak Laju
Antara punca awal berlakunya Kepala Air adalah keadaan pasir yang bergerak laju secara tiba-tiba. Selain itu, kelihatan permukaan sungai yang keruh dan menghasilkan berbuih.
2. Lihat Keadaan Langit Hulu Sungai
Selain itu, lihat keadaan langit yang gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
Tips ketiga adalah bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air yang kuat dari hulu sungai. Air sungai secara tiba-tiba akan kelihatan berbuih dan keruh (daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
4. Perubahan Arus dan Deruan Air Yang Kuat
Selain itu, anda juga perlu perhatikan perubahan arus sungai yang kuat dan keadaan air sungai yang meningkat secara tiba-tiba. Bunyi air yang dibawa oleh kepala air selalunya amat kuat didengari.
Oleh itu, anda yang berada di luar sana perlu beringat-ingat ketika melakukan aktiviti seperti mandi-manda dan berkelah ketika musim tengkujuh ini. Semoga perkongsian Ketahui Tanda-Tanda Awal Kejadian Kepala Air ini bermanfaat buat anda semua!
Terima kasih atas perkongsian ni. Iye tak semua orang yang tahu tanda-tanda awal kejadian awal kepala air ni. Kinah tahu pun dari pengalaman masa mandi sungai dengan arwah nenek dulu. Apa-apa pun bila tiba musim tengkujuh ni, hentikan seketika segala aktiviti melibatkan air ni.
ReplyDeleteseramnya. hati2 semua musim cuaca x menentu ni..
ReplyDelete