Percutian Menarik 3 Hari 2 Malam di Sarawak

Percutian Menarik 3 Hari 2 Malam di Sarawak|Tahun lepas gatai tangan beli tiket flight ke Sarawak sebab Air Asia buat promo. Lagipun tak pernah ke sana. Tiket dah murah, so layan pergi sana. Sampai sana dalam pukul 2 petang. Sampai je di Lapangan Terbang, owner kereta sewa tu dah tunggu. Aku sewa kereta wira auto. Harga dalam RM150 sehari. Oklah harga tu. Aku ni first time kat sini. Macam la tau jalan kat Kuching ni...haha. Zaman teknologi kannnn.. Guna jela Waze atau Google Map. Senang aih. Dari airport terus ke Hotel Hilton Kuching. Jarak lebih kurang 10km. Hotel ni aku dah booking awal sebulan sebelum nak datang Sarawak. Dapatkan latest offers from Hilton Kuching segera. Aku pilih hotel ni sebab location yang strategic because nearest with Kuching Waterfront. Tempat di mana menjadi tumpuan para pelancong kat tepi Sungai Sarawak.. Senang aku nak ronda-ronda cuci mata. 
Percutian Menarik 3 Hari 2 Malam di Sarawak

Lepas selesai check in, masuk bilik hotel dulu untuk tengok keadaan bilik. Bilik kemas, cantik dan besar juga walaupun Single standard room. Setelah letak semua barang, misi pertama semestinya makan. Hahaha lapar weh.. perut berdendangan merayu untuk diisi.. Decide ke seberang Sungai Sarawak untuk cari makan. Naik bot ke area Kampung Boyan. Terdapat foodcourt berdekatan dan ada jual macam-macam makanan Sarawak. Dah sampai sarawakkan….surela kena makan makanan Sarawak. Aku makan Laksa Sarawak. Kuah pekat warna hitam dan rasa berempah..Sedap!!! First time makan. Memang kena selera aku. Kemudian patah balik ke waterfront jalan-jalan cuci mata. Boleh beli cenderahati. Bolehla bagi buah tangan kat keluarga dan kawan-kawan. Kat sini ada banyak kedai-kedai kraftangan menarik seperti hasil tembikar,tikar mengkuang, hiasan dalam rumah dan macam- macamlah. Senang cerita perlu sedia duit je. Dah nak magrib terus balik ke hotel. Rehat dan recharge badan untuk destinasi seterusnya pada esok pagi. Penat dan malas cari makan di luar jadi makan jer roti dan buat kopi yang pihak hotel sediakan.

Percutian Menarik 3 Hari 2 Malam di Sarawak
Hotel Hilton Kuching
Percutian Menarik 3 Hari 2 Malam di Sarawak
Suasana Hotel Hilton Kuching
Percutian Menarik 3 Hari 2 Malam di Sarawak
Kuching Waterfront
Next day, after breakfast terus menuju ke Santubong untuk melawat Sarawak Culture Village. Lebih kurang 30km++ dari Hotel Hilton Kuching dan terletak di kaki Gunung Santubong. Bak kata orang sapa datang kat sini seperti sudah melawat seluruh Sarawak. Wah gitu.. Harga tiket memang agak mahal tapi berbaloilah masuk. Di sini lah tempat terbaik untuk kita hendak mengenali budaya dan cara hidup orang Sarawak.  Terdapat  pelbagai replica rumah yang mewakili etnik-etnik dan kaum utama di Sarawak seperti  Iban, Bidayuh, rumah panjang Orang Ulu, penempatan Penan, rumah tinggi Melanau, rumah orang melayu Sarawak dan sebagainya. Yang menariknya staff yang bekerja di sana akan memakai pakaian tradisioanl masing-masing dan menjalankan aktiviti tradisional. Berpeluang juga melihat persembahan tarian kebudayaan. Memang layannnnn.
Percutian Menarik 3 Hari 2 Malam di Sarawak
Sarawak Culture Village
Percutian Menarik 3 Hari 2 Malam di Sarawak
Sarawak Culture Village
Percutian Menarik 3 Hari 2 Malam di Sarawak
Sarawak Culture Village
Lepas tu lepak kejap kat pantai Damai, Santubong. Tak mandi pun. Just jalan-jalan sambil angin pantai. Syiokkkk. Niat hati nak cari makan area situ. Tapi tak jumpa kedai yang meyakinkan. So, alas perut dengan roti dan bekalan yang dibawa. Janji perut diisi. Sebelum balik hotel, singgah pergi Pasar Minggu Jalan Satok. Di buka setiap hari Sabtu dan Ahad. Suasana memang meriah. Macam macam barang dijual. Ada hasil hutan, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang ada di Sarawak. Selain itu, terdapat juga barangan kraftangan, t-shirt, fridge magnet dan lain-lain turut dijual. Harga disini lebih murah berbanding di Waterfront. Tapi apakan daya, dah shopping awal-awal kat Waterfront masa hari pertama sampai. Rugi betul!! Tak pelah dah rezeki peniaga kat Waterfront kan!
Percutian Menarik 3 Hari 2 Malam di Sarawak
Pantai Damai Santubong
Dah puas lepak tepi pantai terus balik semula ke Kuching. balik hotel mandi-mandi lepas maghrib terus ke Top Spot. Tempat makan seafood yang very popular at Bandar Kuching. Lokasinya bersebelahan dengan Pullman Hotel. Jangan risau sini confirm Halal sebab terpampang sijil halal dari Majlis  Agama Islam Sarawak. Order makan kat kedai Bukit Mata Seafood. Menu yang dipilih ialah Ketam Telur Masin, Udang Mentega, Sotong Goreng Tepung dan sayur. Pergh…Memang sedap semua lauk ni. Dahla sedap harga pon murah. Berbaloi-baloi makan kat sini. Korang kena cuba makan dinner kat sini tau!
Percutian Menarik 3 Hari 2 Malam di Sarawak
Top Spot Foodcourt
Percutian Menarik 3 Hari 2 Malam di Sarawak
Cat Monument
Hari terakhir, selepas check out, singgah ke Cat Monument. Ambil gambar kenang-kenangan dan bukti sudah sampai Bandar Kuching. Pastu terus ke airport sebab masa dah suntuk. Apa yang aku boleh cakap percutian kat Sarawak ni menarik juga. Banyak info sejarah dan kebudayaan Sarawak yang dapat  dipelajari. Korang yang tak pernah pergi, silalah ke sana ok!! Oklah sampai sini sahaja nak share pasal percutian di Sarawak. Bye korang..

1 comment:

  1. cultural village wajib pergi tu...laksa sarawak, mee kolok pun wajib cuba!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.