5 Manfaat Buah Namnam Yang Anda Perlu Ketahui

5 Manfaat Buah Namnam Yang Anda Perlu Ketahui|KORANG pernah makan tak atau pernah lihat sejenis buah yang dipanggil sebagai 'Buah Namnam'? Buah Namnam adalah sejenis buah yang jarang ditemui dan banyak tumbuh di negara India, dan Indonesia. Kalau dilihat secara fizikalnya, buah namnam ini memiliki bentuk yang unik seperti ginjal. Walaupun buah ini nampak pelik, tetapi hasil kajian dibuat mengatakan buah namnam mempunyai banyak manfaatnya untuk kesihatan tubuh badan dan kecantikan. Selain itu, buah namnam juga boleh digunakan untuk perubatan.

5 Manfaat Buah Namnam Yang Anda Perlu Ketahui

Nak tahu tak apa manfaat dan kelebihan buah namnam? Berikut dikongsikan 5 manfaat buah namnam yang anda tidak tahu:

5 Manfaat Buah Namnam Yang Anda Perlu Ketahui

1. Sebagai Sumber Vitamin C

Walaupun buah namnam ini kelihatan agak aneh, tetapi disebalik itu ia mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi. Kandungan vitamin C yang tinggi cukup baik untuk kesihatan tubuh badan selain untuk kecantikan.

2. Melancarkan Percernaan

Selain mempunyai vitamin yang tinggi, buah namnam juga memiliki serat yang cukup baik untuk sistem percernaan tubuh kita. Serat juga bermanfaat dalam menjauhi penyakit usus besar, kanser usus dan radang perut.

3. Sebagai Ubat Kencing Manis

Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus amat sinonim dengan masyarakat kita yang dianggap pembunuh No. 1. Anda disarankan mencuba minum ramuan daun namnam yang dikatakan dapat menghindarkan penyakit diabetes ini.

4. Tingkatkan Sistem Kekebalan Tubuh

Tidak dinafikan setiap orang mempunyai sistem kekebalan tubuh badan yang berbeza. Ada yang sifatnya kuat dan juga ada yang lemah. Dengan mengambil buah namnam, selain minum rebusan daunnnya mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan.

5. Dapat Kuruskan Badan

Manfaat buah namnam tidak dinafikan sekali bahkan dapat membantu anda kuruskan badan. Caranya amat mudah anda perlu minum rebusan daun namnam yang dipercayai mampu kuruskan badan anda.

5 Manfaat Buah Namnam Yang Anda Perlu Ketahui

Ternyata buah namnam ini mempunyai pelbagai khasiat atau manfaat untuk kesihatan tubuh badan selain untuk kecantikan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

8 comments:

  1. takpernah nampak. haha kalau kat malaysia kat mana nak cari

    ppssst jemput join ga sha ; http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmng susah cari buah ne..xbnyak jual kt Malaysia..xtawu kt mna ada...lokman pon rasa sbb ada owg bagikan..hihi

      Delete
  2. First time dengar dan nampak buah ni..kalau terjumpa bagus tanam pokoknya di halaman rumah ni kan..nice sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...saya share pon sbb haritu ada rasa sekali..mmng susah jumpa buah ni..

      Delete
  3. teringin nak tanam lah ..benih dapatkan di mana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xtawulah kt mna nk dptkan benih...Buah ni jarang jumpa jual kt Malaysia..xbnyak

      Delete
  4. first time tahu pasal buah ni. Bentuk dia macam asam jawa gemuk

    ReplyDelete
  5. dulu kecik-kecik aa pokoknya..suka makan..lagi best dapat yang lembut..sekarang takde dh pokoknya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.