Cara Menulis Artikel Review Yang Betul di Blog

Cara Menulis Artikel Review Yang Betul di Blog|Bagi anda yang gemarkan membuat artikel review berkaitan sesuatu produk, perkhidmatan mahupun software. Anda patut ketahui terlebih dahulu 'Cara Menulis Artikel Review Yang Betul di Blog'. Bagi anda yang masih blogger baru atau penulis baru, anda wajar mengetahui teknik atau cara tersebut.

Cara Menulis Artikel Review Yang Betul di Blog

Kebiasaannya bagi blogger baru masih membuat kesalahan terutama pada persiapan tema tulisan agar menarik untuk pembaca. Nak tulis apa sebenarnya? Kesulitan terbesar bagi setiap blogger baru adalah tidak tahu menulis apa review yang patut dibuat.

Sekiranya isi kandungan anda pada sesuatu review kurang menarik dan tidak mencapai piawaian kehendak Advertiser, kemungkinan review anda akan ditolak begitu saja. Bagaimanakah cara menulis sebuah artikel review yang betul?

Cara Menulis Artikel Review Yang Betul di Blog

Berikut dikongsikan beberapa langkah atau cara menulis artikel review dengan betul di blog:

1. Pendahuluan/Pembukaan

Pada bahagian pendahuluan ini adalah amat penting bagi menarik pembaca agar terus membaca tanpa ada rasa jemu. Anda perlu tuliskan alasan mengapa anda review produk tersebut.

2. Latar Belakang

Pada bahagian latar belakang, anda perlu tuliskan mengenai background produk yang direview tersebut. Misalnya, mengenai produk apa, milik siapa, bekerjasama dengan siapa, bilakah ia beroperasi atau diperkenalkan dan sebagainya.

3. Komponen Penulisan Artikel

Dalam komponen penulisan artikel, anda perlu memerhatikan isi atau point yang penting terlebih dahulu. Contohnya, apakah kegunaan produk/ laman web tersebut? Apakah manfaat atau keuntungan dari produk tersebut? Bagaimanakah cara atau langkah untuk membeli produk? Antara point penting termasuklah tentang bagaimana cara untuk dihubungi, samada melalui email, URL web ataupun alamat pejabat tersebut.

4. Kelebihan

Pada bahagian kelebihan, anda boleh tuliskan mengenai kelebihan atau kebaikan produk tersebut. Misalnya, anda dapatkan maklumat tersebut dari testimonial yang dibuat ataupun dari 'Product Knowledge' yang ada pada website produk tersebut.

5. Kekurangan/ Kelemahan

Bagi bahagian kelemahan, anda tidak perlulah menulis kekurangan produk secara mendalam dan keterlaluan. Sebaliknya, tulislah kekurangan secara umum yang juga ada pada produk lain.

6. Kesimpulan

Secara totalnya, sebagai penutup anda wajib mengajak pembaca supaya mencuba sendiri produk tersebut ataupun terus ke laman web rasmi produk review tersebut.

Semoga perkongsian mengenai cara menulis artikel review yang betul di blog ini bermanfaat buat anda semua!

13 comments:

  1. memang tips yang amat beguna. kebelakang banyak blog jadi x quality sebab tak focus sangat kat keyword juga - Racheal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu keyword tu pon pnting gak...bawu SERP di first page google

      Delete
  2. Tq lokman sharing kak banyak baiki lagi ni

    ReplyDelete
  3. tq for sharing..tp biasanya lisa tulis asal boleh je . hahaha kalau ikut panduan nti jadinya stresss

    ReplyDelete
  4. tips yang berguna walaupun belum pernah lagi dapat job review

    | helloaiman |

    ReplyDelete
  5. Very informative. Thank you. Saya belum pernah buat lagi product review setakat ini.

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan poin nombor 5 berkaitan kekurangan. Sebab pembeli lebih tertarik dengan review ada kekurangan sebab tak nampak menjual dan lebih genuine.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.