Patutkah Sambung Belajar atau Tak!

Patutkah Sambung Belajar atau Tak!|BARU-baru aku mendapat tawaran untuk kemasukan ke Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTEM) dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan untuk kemasukan bulan September ini. Tak lama dah! Tapi keadaan ini telah menyukarkan aku berfikir berhari-hari samada hendak sambung belajar atau tak. Nampaknya masih 50/50!

Patutkah Sambung Belajar atau Tak!

Sebenarnya sebelum aku apply sambung degree memang aku ada pasang niat nak sambung belajar. Sebab waktu diusia muda ni, mesti kita ada semangat nak belajar yang tinggi. Hakikatnya apa yang aku inginkan untuk sambung belajar tidak mengenai jurusan yang aku minta. Lain yang dimohon lain pulak dapat. Kecewa betol!

Aku sebenarnya memang minat satu kos ni masa aku apply haritu iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Automotif. Sebab memang mengena dengan jurusan yang aku ambik semasa diploma dahulu iaitu kos kejuruteraan mekanikal (automotif).

Memang minat aku terhadap bidang automotif memang tidak dapat dipisahkan. Sebabnya aku ada cita-cita sendiri ingin menjadi mekanik bengkel ataupun jadi pengurus bengkel suatu hari nanti.

Tinggal beberapa hari saja lagi, tarikh pengesahan kemasukan UTEM akan ditutup. Masih keadaan dilema nak sambung atau tak! Harap-harap keputusan aku buat ini adalah keputusan yang tepat dan kalau tiada halangan aku akan apply lain untuk next year.

10 comments:

  1. to me, kalau degree kita lari dari minat its ok, minat boleh pupuk. As long as kita boleh jadi minat dengan sesuatu yang baru. And kita still boleh kejar kerjaya yang kita minat even degree bukan cos yang berkaitan. Tapi kalau memang rasa tak boleh, better jangan teruskan. Takut kecundang di tengah jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu...perkongsian yg baik Aisya. Tula takot kecundang plak nnti

      Delete
  2. Fikir betul2 supaya tak menyesal nanti. Kalau tak minat tak blh juga nak paksa diri kan. Hehe. Decide wisely!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...tulah xnk menyesal nnti..thanks eeca

      Delete
  3. mek takde idea nk bg sebab mek tak suka sambung belajar. boss mek pun cakap blajar thru experience was the best and last compare to a roll of diploma or bachelor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..btol tu experience nmpk lgi best..ada experience mna2 kita bleh berada

      Delete
  4. Susah juga nak bwat pilihan sbnarnya.. Alhamdulillah sy apply Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga pilihan pertama dan sy dapat kos itu juga.. Kalau ada niat nak sambung, just sambung je.. tp kalau rasa2 nak sambung pada masa akan dtg dgn kos yg d'minati pun xda masalah .. Pilihan di tgan kita :)

    Insya'Allah apapun keputusan yg dipilih smoga dipermudahkan Allah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu nurul niat dan minat ada mana2 pon kita bleh smbung blajaq..thanks awak

      Delete
  5. Mungkin boleh masuk je dulu and dari sana buat rayuan tukar? either way bagi saya rugi kalau terus tolak je.

    // afifahaddnan"

    p/s - coming from Elsalicious blog list and I want to notify you that your blog is included in my bloglist too :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks 4 sharing Afifah...btol gak bleh minta tukaq cos lain nnti...

      Delete

Powered by Blogger.