Tanda-Tanda dan Gejala Penyakit Rabies Serta Cara Mendapat Rawatan

Tanda-Tanda dan Gejala Penyakit Rabies Serta Cara Mendapat Rawatan|APAKAH anda tahu tentang penyakit Rabies? Adakah penyakit Rabies sejenis penyakit yang membahayakan kepada orang ramai? Apakah gejala atau simpton kepada yang menjangkiti penyakit Rabies?

Tanda-Tanda dan Gejala Penyakit Rabies Serta Cara Mendapat Rawatan

Rabies atau yang dikenal juga dengan sebutan penyakit anjing gila adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus rabies. Seseorang boleh terkena virus penyakit anjing gila jika digigit oleh binatang yang dijangkiti. Rabies utamanya ada di haiwan liar, sering ada di rakun, kelawar, dan rubah. Binatang peliharaan termasuk kucing dan anjing juga boleh dijangkiti. Oleh sebab itu, sesiapa yang kemungkinan mempunyai risiko untuk terkena penyakit anjing gila harus dilindungi dengan vaksin rabies.

Tanda-tanda dan Gejala Penyakit Rabies

Apakah tanda-tanda dan gejala Rabies (penyakit anjing gila)?

Jangka waktu dari jangkitan oleh virus hingga munculnya gejala pertama rata-rata dari 35 ke 65 hari. Gejala pertama dapat dilihat gejala umum seperti demam, sakit kepala, dan merasa letih. Kehilangan nafsu makan, mual, rasa sakit atau mati rasa di kawasan yang digigit dapat berlangsung selama 3-4 hari pertama.

Kemudian, gejala sistem saraf terjadi, termasuk menjadi resah dan gelisah dengan hiperaktiviti yang ekstrem, dengan tingkah laku yang aneh dan masa tenang. Kejang otot semu dan lumpuh juga mungkin terjadi. Ketakutan akan air (hydrophobia) muncul di peringkat ini.

Malangnya, apabila rabies tidak dirawat segera setelah terdedah, hampir selalu akan berkesudahan ke koma, kejang, dan kematian biasanya terjadi dari hari ke-4 hingga hari ke-7 selepas terjadinya gejala tersebut.

Bilakah Perlu Periksa ke Doktor?

Segeralah cari pertolongan perubatan apabila anda digigit oleh haiwan apapun, termasuk haiwan kesayangan. Bergantung dari kecederaan dan situasi semasa gigitan berlaku, anda dan doktor anda boleh membuat keputusan apabila anda perlu menerima rawatan untuk mencegah penyakit anjing gila.

Walaupun anda tidak yakin anda telah tergigit, carilah pertolongan perubatan.

Penyebab Penyakit Rabies Tersebar

Apa penyebab penyakit Rabies (penyakit anjing gila)?

Penyebab rabies adalah virus yang bernama rhadovirus pada air liur haiwan yang telah dijangkiti. Haiwan yang telah dijangkiti boleh menyebarkan virus dengan menggigit haiwan lain atau manusia. Pada kes yang jarang berlaku, penyakit anjing gila boleh merebak apabila air liur yang dijangkiti masuk ke dalam luka terbuka atau membran mukosa, seperti mulut atau mata. Ini boleh terjadi apabila haiwan yang dijangkiti menjilat luka terbuka anda.

Apakah Pilihan Rawatan Sekiranya Terkena Penyakit Rabies (penyakit anjing gila)?

Apabila anda digigit oleh haiwan yang disyaki terkena penyakit anjing gila, luka gigitan harus segera dibersihkan dengan air dan sabun, dan dengan providone-iodine atau seumpamanya. Setelah itu rawatan bergantung dengan risiko rabiesnya. Untuk gigitan anjing atau kucing biasa, haiwan-haiwan diobservasi selama 10 hari dan apabila tidak menunjukkan tanda-tanda dan gejala perilaku penyakit anjing gila, rawatan tidak diperlukan.

Dengan haiwan yang menunjukkan perilaku rabies, doktor akan memulakan rawatan dengan human rabies globulin imun (HRIG) dan human disloid cell rabies vaccine (HDCV).

HRIG biasanya diberikan satu kali, setengah dos disuntik di dekat luka gigitan dan setengah dos bakinya disuntik pada otot. HDCV diberikan sebanyak 5 dosis di hari ke-0, 3, 7, 14, dan 28. Rawatan perlu diteruskan walaupun ada reaksi tempatan terhadap vaksin. Booster tetanus juga boleh diberikan.

3 comments:

  1. first time ni dengar virus macam ni..bahaya jugak oo..

    ReplyDelete
  2. Risau sebab di depan rumah ni banyak anjing liar.

    ReplyDelete
  3. Bahaya juga penyakit Rabies ni, yakni penyakit anjing gila.

    Ada juga penyakit gila babi.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.