Semakan Baki Pinjaman PTPTN Secara Online

Semakan Baki Pinjaman PTPTN Secara Online|TAHUKAH anda tentang pinjaman PTPTN? Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia (PTPTN) merupakan badan yang berperanan sebagai pemberi pinjaman wang kepada pelajar khususnya pelajar di Universiti Awam dan Swasta.

Semakan Baki Pinjaman PTPTN Secara Online

PTPTN juga turut memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar kolej dan akan bekerjasama dengan IPGM bagi memberi kemudahan pinjaman setelah pemansuhan pemberian elaun sara hidup kepada penuntutnya. Berikut dikongsikan semakan baki pinjaman PTPTN secara online.

Semakan Baki Pinjaman PTPTN

Bagi anda yang telah atau pernah meminjam PTPTN, anda boleh membuat semakan baki pinjaman di Laman Web PTPTN.

Pertama sekali anda perlu ke Laman Web PTPTN Login untuk melihat akaun anda :
www.ptptn.gov.my

Anda akan dapat lihat paparan seperti dibawah, pilih Semakan Penyata Pinjaman PTPTN.


Semakan Baki Pinjaman PTPTN Secara Online


Kemudian masukkan No. Kad Pengenalan anda kemudian tekan 'Semak'. Penyata Kira-kira Pembiayaan Ujrah (Bagi mereka yang sudah beralih ke Ujrah)/ atau Penyata Pinjaman Konvensional akan keluar dipaparkan dan klik di situ.

Anda akan dibawa ke portal PTPTN untuk login, sila masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan.

Setelah log masuk anda akan dapat melihat Penyata Akaun PTPTN anda dengan klik pada Penyata Baki atau Penyata Baki Terperinci.

Contoh Penyata PTPTN Ujrah

Semakan Baki Pinjaman PTPTN Secara Online

Maklumat Lanjut

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D,
Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Care line: 03-2193 3000
Faks: 03-2193 1263/ 03-2193 1267

Selamat berjaya membuat semakan penyata pinjaman PTPTN anda!

No comments

Powered by Blogger.