Punca dan Gejala Sakit Lutut Serta Cara Mendapat Rawatan
Punca dan Gejala Sakit Lutut Serta Cara Mendapat Rawatan|ADAKAH anda pernah alami masalah sakit lutut? Apakah punca berlakunya masalah sakit lutut? Sakit lutut adalah sakit pada sendi lutut yang boleh dialami oleh semua orang dari segala peringkat usia. Sendi lutut termasuk organ yang terdedah mengalami kerosakan dan kesakitan, kerana fungsinya dalam mengekalkan berat badan, terutama pada saat seseorang melompat atau berlari.
Punca Sakit Lutut
Terdapat beberapa keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan sakit lutut. Berikut adalah antaranya:
-Kecederaan, contohnya kecederaan pada tulang rawan dan kerosakan tendon atau ligamen.
-Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
-Pendarahan pada sendi.
-Jangkitan, misalnya artritis septik.
Gejala dan Komplikasi Sakit Lutut
Beberapa gejala yang boleh menyertai sakit lutut, di antaranya adalah:
-Pembengkakan.
-Lutut yang terasa kaku atau tidak boleh diluruskan.
-Bunyi gemeretak pada lutut.
-Permukaan kulit di kawasan lutut berwarna kemerahan dan hangat jika disentuh.
-Sendi lutut tidak stabil atau lemas, atau tidak boleh menahan beban tubuh.
-Perubahan bentuk pada lutut.
Jika merasakan gejala-gejala tersebut, anda sebaiknya segera ke doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Faktor Risiko Sakit Lutut
-Sendi lutut termasuk bahagian tubuh yang terdedah mengalami kerosakan serta rasa sakit, mengingat fungsinya untuk mengekalkan berat badan.
Beberapa sebab yang dapat meningkatkan risiko seseorang mengalami sakit lutut adalah:
1)Berat badan yang berlebihan atau obesiti. Keadaan ini akan memberi beban lebih pada lutut sehingga meningkatkan risiko sakit lutut.
2)Jenis sukan tertentu, misalnya bola sepak atau bola keranjang.
3)Pernah mengalami kecederaan lutut.
Rawatan dan Pencegahan Sakit Lutut
Setelah mengetahui punca sakit lutut yang dialami pesakit, doktor baru boleh memberikan rawatan yang sesuai. Misalnya dengan:
-Ubat-ubatan, seperti analgesik guna meredakan sakit, atau suntikan kortikosteroid, pelincir sendi, serta platelet-rich plasma (PRP) guna mengurangkan keradangan. PRP lebih berkesan pada pesakit berusia muda dan pesakit dengan artritis ringan.
-Fisioterapi untuk melatih dan menguatkan otot.
-Operasi untuk menangani kecederaan. Contohnya adalah operasi untuk menukar tempurung lutut. Operasi juga boleh dilakukan dengan teknik artroskopi, dengan luka operasi yang minimum.
Semoga bermanfaat!

Memang duk sakit lutut taw sebab terlebih berat loni alahai..
ReplyDelete