Panduan Mudah Tentang Kena Qada’ Puasa Atau Bayar Fidyah

Panduan Mudah Tentang Kena Qada’ Puasa Atau Bayar Fidyah|UNTUK makluman anda, seperti yang anda tahu dalam Islam bagi mereka yang gagal menggantikan puasa akan dikenakan Fidyah sebagai denda. Namun, ramai rupanya yang masih keliru di antara perlu qada’ iaitu ganti puasa atau perlu membayar Fidyah. Oleh itu, di sini dikongsikan sertakan panduan mudah untuk rujukan anda.

Panduan Mudah Tentang Kena Qada’ Puasa Atau Bayar Fidyah

Memetik daripada laman Majlis Agama Islam Negeri Johor, Fidyah bermaksud:

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada satu tahun sehingga tiba Bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud :
“……Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin”.

Walaupun fidyah telah dibayar, namun bagi mereka yang sengaja meninggalkan puasa atau kepada golongan tertentu, puasa yang ditinggalkan tetap wajib diganti mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Siapakah yang kena qada’ puasa dan bayar Fidyah?

1. Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie ( musafir, haid atau nifas atau wiladah ), sakit yang ada harapan sembuh.

Denda: Wajib Qada’ puasa

* Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak ‘menggantikan puasanya, maka wajib dia Qada’ puasa dan membayar Fidyah.

2. Orang yang sakit yang tiada kemungkinan atau harapan untuk sembuh yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.

Denda:
1) Tidak wajib Qada’ puasa.
2) Wajib bayar Fidyah pada tahun tersebut.

3. Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab bimbang akan kesihatan dirinya sahaja atau bimbang akan kesihatan dirinya dan janinnya / anaknya.

Denda:
1) Wajib Qada’ puasa
2) Tidak wajib bayar Fidyah

* Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak ‘menggantikan puasanya, maka wajib dia Qada’ puasa dan membayar Fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya.

Denda: Tanggungjawab membayar Fidyah si mati dilaksanakan oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Nota: Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.