Sinopsis Drama Cinta di Langit Cardiff (TV2)
Sinopsis Drama Cinta di Langit Cardiff (TV2)|NANTIKAN drama bersiri Cinta di Langit Cardiff yang diterajui oleh Amar Bahrin dan Amyra Rosli. Turut membintangi drama ini ialah Hafeez Mikail, Shakila Khoriri, dan Marissa Yasmin. Drama bersiri sebanyak 13 episod ini diarahkan oleh Rahila Ali dibawah terbitan Pena Kreatif Sdn Bhd. Bakal disiarkan di TV2 mulai 4 Julai ini.
JUDUL : CINTA DI LANGIT CARDIFF
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 4 Julai 2017
HARI / MASA : Selasa-Khamis, 8.35 malam
SIARAN : Slot Selekta Prima (TV2-RTM)
PENGARAH : Rahila Ali
TERBITAN : Pena Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Amar Bahrin, Amyra Rosli, Shakila Khoriri, Hafeez Mikail, Marissa Yasmin, Zarina Zainuddin, Zack Idris
WATAK PELAKON
Amar Bahrin sebagai Ashraf
Amyra Rosli sebagai Tasha
Hafeez Mikail sebagai Imran
SINOPSIS CINTA DI LANGIT CARDIFF
Mengisahkan Tasha yang ingin melangsungkan pernikahan dengan kekasih hatinya Imran. Namun berlaku kejadian bila mana Pak Jalal yang ditugaskan oleh ayahnya Nordin menjadi saksi bermatian-matian menegaskan pernikahan itu tidak sah kerana Nordin bukanlah bapa kandung Tasha. Nordin berang dengan tindakan Pak Jalal itu yang dianggap memalukannya sedangkan ianya memang salah di sisi agama.
Nordin memberhentikan Pak Jalal daripada menjadi pemandu peribadinya. Tasha kecewa bila mengetahui kebenaran dirinya hanyalah anak angkat. Begitu juga dengan Imran. Namun Imran menegaskan kepada keluarganya bahawa dia nekad mahu mengahwini Tasha. Tetapi tidak bagi Talia, adik angkat Tasha. Kesempatan yang ada digunakan mahu memutuskan hubungan Tasha dan Imran. Talia mengaturkan perancangan keji hingga Imran terperangkap dengan situasi telah memperkosa Talia di hotel. Dia memasukkan pil khayal ke dalam minuman Imran hingga membuatkan Imran akhirnya terpaksa mengahwininya.
Tasha begitu kecewa dengan kenyataan itu. Hilang angan-angannya untuk berkahwin dengan Imran di Thailand. Kekecewaannya membawa Tasha bertindak mahu menjejak ibu kandungnya. Dengan bantuan Pak Jalal, Tasha ke Cardiff berbekalkan alamat diberikan. Meskipun sedar bakal berdepan dengan cabaran namun Tasha nekad dengan keputusannya.
Ketika sampai di Cardiff, Tasha telah diragut dan kemudian dia dibantu oleh Ashraf, seorang pemuda Malaysia yang bekerja di sana. Talia pula merintih dengan sikap dingin Imran terhadap dirinya dan beliau sering menerima panggilan telefon misteri manakala Imran masih cuba untuk menghubungi Tasha. Ashraf sempat bertukar nombor telefon dengan Tasha supaya senang berhubung sekiranya Tasha memerlukan apa-apa pertolongan memandangkan beliau baru sampai ke Cardiff. Ashraf bertemu dengan Mimi di kafe di mana Mimi memaklumkan akan pulang ke Malaysia. Majikan Mimi iaitu Puan Ruby, pemilik kedai bunga memerlukan pekerja untuk menggantikan tempat Mimi. Tasha berkunjung ke alamat di poskad dengan harapan dapat berjumpa dengan Puan Salina namun hampa apabila diberitahu yang Puan Salina sudah berpindah rumah.

mcm best juga drama ni...
ReplyDeletethanks sharing.