5 Tips Elak Kena Tipu Ketika Membeli Lemang

5 Tips Elak Kena Tipu Ketika Membeli Lemang|MENJADI satu kebiasaan bagi masyarakat Melayu, setiap kali menjelang tibanya Syawal, pasti tidak terlepas membeli lemang yang dijual deretan gerai menjual lemang di sepanjang jalan. Kebiasaannya kita tidak tahu gerai mana yang menjual lemang terbaik dan sedap.

5 Tips Elak Kena Tipu Ketika Membeli Lemang

Ada juga yang setelah dibeli dan apabila dibawa pulang, lemang tersebut telah basi dan tidak boleh dimakan. Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui samada lemang yang dijual itu dalam keadaan baik atau sebaliknya.

5 Tips Elak Kena Tipu Ketika Membeli Lemang

Berikut dikongsikan tips elak kena tipu ketika membeli lemang menjelang Hari Raya Aidilfitri ini:

1. Pilih gerai yang bakar lemang dengan kayu yang banyak. Hal ini membuktikan lemang tersebut dibakar dan dimasak di situ. Bukan telah dimasak atau dikukus di tempat lain sebelumnya.

2. Pilih lemang saiz sederhana. Hal ini kerana lemang yang bersaiz besar akan cenderung untuk tidak masak dan mentah di bahagian tengah. Manakala lemang yang bersaiz terlalu kecil pula akan mudah garing dan keras setelah dibakar.

3. Minta penjual untuk membelah bahagian bawah lemang. Kebiasaannya penjual hanya akan membelah bahagian atas dan ditunjukkan kepada pelanggan.

4. Jangan sesekali beli lemang di gerai yang membakar menggunakan kayu pallet. Ini kerana abu kayu pallet ini amat berhaya untuk kesihatan. Tahukah anda, kayu pallet telah disalut dengan bahan kimia bagi mengelakkan dimakan anai-anai. Jadi apabila dibakar, bahan kimia tersebut akan mudah termasuk di dalam lemang.

5. Jika ingin menyimpan lemang untuk beberapa hari, anda dinasihatkan supaya meletakkannya secara upside-down atau terbalik. Ini kerana minyak yang berada di bahagian atas lemang akan menyebabkan ianya mudah basi.

Semoga bermanfaat! Ingat sebelum terkena!

2 comments:

  1. Assalamualaikum....nice sharing...Kalau bab pasal beli lemang ni fobia rasanya....apatahnya acapkali terbeli lemang masak tak sekata....

    ReplyDelete
  2. beli lemang skrg pun dah rm18 oo sebatang.. :D :D
    kalo dapat yg terlebih garing tu.. hurmm.. dh keras lemang tu...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.