5 Cara Mudah Dekorasi Rumah Hanya dalam Sehari
5 Cara Mudah Dekorasi Rumah Hanya dalam Sehari|TIDAK lama lagi sedar tak sedar kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Setiap kali kunjungnya hari lebaran ini, mesti anda tidak ketinggalan membuat pelbagai persiapan seperti membuat kuih raya, membeli baju raya termasuklah menghias dan mengemas rumah.
Penataan rumah yang sama dari tahun ke tahun boleh membuat anda serta ahli keluarga berasa bosan. Kesibukan dan jadual aktiviti yang padat setiap harinya, kerap menjadi alasan untuk tidak sempat memberikan terbaik pada hiasan rumah.
Tapi apabila anda mahu meluangkan satu hari sahaja untuk menghiasi semula, akan memberikan perbezaan yang cukup ketara pada keseluruhan pandangan rumah. Tidak perlu dengan membeli satu set perabot baru, mengecat semula atau menukar langsir yang memerlukan masa yang lama dan kos yang juga tak sedikit.
5 Cara Mudah Dekorasi Rumah Hanya dalam Sehari
Berikut dikongsikan beberapa cara menghias semula rumah anda dengan mudah:
1. Ganti Satu atau Dua Perabot yang Sudah Usang
Anda tidak perlu membeli satu set perabot baru untuk memberikan suasana baru pada bilik. Cukup ganti salah satu perabot rumah yang mula usang dengan yang baru. Misalnya saja, jika meja di ruang keluarga sudah kelihatan rapuh kerana bertahun-tahun digunakan, ganti dengan meja kecil bergaya edgy atau vintage. Satu perabot kecil, tidak perlu membuat anda mengeluarkan kocek yang besar.
2. Cermin
Cermin boleh memberi kesan besar pada rumah anda. Cermin besar akan membuat ruangan yang sempit jadi kelihatan lebih luas. Disamping itu, cermin juga boleh mencerminkan cahaya lampu lebih indah, yang bermaksud menambah suasana baru pada keseluruhan dalaman rumah.
3. Ganti Penataan Cahaya
Kadang-kadang, mengganti tata cahaya lampu boleh membawa perubahan besar pada pandangan rumah. Ganti lampu neon dengan cahaya putih terang dengan lampu pendarfluor merah jambu atau jingga yang lebih lembut. Anda boleh meletakkan lampu di atas atau bawah lukisan / gambar / foto untuk kesan dramatik, seperti yang ada di galeri seni.
4. Letakkan Lukisan atau Wall-Art di Dinding
Tidak perlu lukisan berharga ratusan juta karya seniman ternama yang harus diletakkan di dinding rumah anda. Cukup sekadar gambar, lakaran atau lukisan yang anda minat. Bentuknya dapat bermacam-macam. Pilih yang paling sesuai dengan gaya penataan rumah anda, dan letakkan di bingkai cantik.
5. Hias Lantai Dengan Karpet
Jangan lupa kemaskini rumah anda dengan menghiasi lantai. Pilih karpet dengan motif unik, atau yang anda sukai dan tutupi lantai anda. Setiap motif dan warna permaidani boleh memberi kesan berbeza pada bilik. Motif dengan bentuk-bentuk grafik yang besar akan membuat bilik yang luas terasa lebih dekat, sementara motif kecil dengan warna lembut memberi kesan bilik kecil kelihatan lebih luas.
Selamat mencuba!

nice sharing :D
ReplyDeletehttp://www.syahirahvaliant.com/2017/06/pencarian-sponsor-giveaway-nurul-friends.html
thanks nurul..
ReplyDelete