Semakan Tawaran PISMP IPG 2017 Online

Semakan Tawaran PISMP IPG 2017 Online| KINI, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan, calon boleh membuat semakan mulai 15 Mei 2017 sehingga 22 Mei 2017 jam 11.59 p.m

Semakan Tawaran PISMP IPG 2017 Online

Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi KPM di bilik pemberitahuan untuk maklumat terkini permohonan.

Cara Membuat Semakan Panggilan Temuduga PISMP

1- Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem yang terdapat di laman Aplikasi Permohonan PISMP.

2- Kemudian klik pada butang Log Masuk untuk mengakses sistem semakan nama calon berjaya untuk temuduga.

3- Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak surat panggilan temu duga, borang butiran diri. Semasa menghadiri temuduga pada tarikh ditetapkan sila bawa bersama surat panggilan temu duga, borang butiran diri yang telah dilengkapkan dan sijil akademik / kokurikulum.

Sesi Temuduga

-Bagi calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga. Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.

Sesi Ujian Amali

- Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani Ujian Amali semasa Temu duga.

Semakan Keputusan Permohonan PISMP 

Tarikh semakan Keputusan Permohonan PISMP dijangka boleh di semak secara online pada 23 Jun 2017 sehingga 10 Julai 2017.

Cara Membuat Semakan Tawaran Calon Berjaya

1- Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem yang terdapat di laman Aplikasi Permohonan PISMP.

2- Kemudian klik pada butang Log Masuk untuk mengakses sistem semakan tawaran calon berjaya.

3- Calon yang berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran sementara manakala surat tawaran rasmi boleh didapati selepas melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah ditetapkan.

Kepada calon yang telah menduduki UKCG / temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.

Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.

Semoga berjaya bagi calon yang mendapat tawaran kemasukan ke IPG 2017!

3 comments:

  1. Sama2 cik akak...jemput selalu blogwalking yerr

    ReplyDelete
  2. Harini dah 15/5 . Kenapa log masih masih ditutup ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmng xboleh log in Balqis...Try log in lain. Esok pulak ka try

      Delete

Powered by Blogger.