Komisen Pertama Dari Mobicow

INI merupakan kali pertama saya update tentang komisen dari pengiklanan yang saya perolehi iaitu 'Mobicow'. Komisen dari Mobicow bagi bulan Mei 2017 telah pun dibayar menerusi akaun PayPal saya. Tahu tak dengan iklan Mobicow? Mobicow merupakan salah satu penyedia ads yang khusus untuk pengguna blog yang bersumber dari Mobile dan merupakan pengiklanan yang dijana dari nilai CPM (Cost Per Miles) yang cukup tinggi.

Baca juga:
Cara Mendaftar Publisher Mobicow Dengan Mudah

                Komisen Pertama Dari Mobicow

Apabila jumlah komisen terkumpul telah berjaya mendapat USD 5, anda layak menerima bayaran. Mudah saja nak dapat komisen dengan pengiklanan Mobicow nih terutama bagi yang mempunyai jumlah trafik yang cukup baik.

Jangan risau kalau dah cukup USD 5, pihak Mobicow akan membuat bayaran kepada akaun anda. Jumlah yang saya perolehi adalah sebanyak USD 265.50 dan telah berjaya masuk dengan selamat ke dalam akaun PayPal saya.

Bagi anda yang berminat untuk join program pengiklanan dari Mobicow, bolehlah buat pendaftaran disini.

Sumber: Blogaqiem

1 comment:

  1. Hari tu register juga dgn mobicow ni, tp tak pernah check income..
    Nnt nak check la juga, hehe.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.