Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan|HANYA tinggal beberapa hari saja lagi kita bakal memasuki Bulan Ramadhan yang merupakan bulan yang mulia dan barakah bagi Umat Islam kerana pada bulan ini semua umat Islam yang cukup syarat diwajibkan menjalankan ibadah puasa di siang hari selama sebulan.

Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

Puasa dari segi bahasa boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari berserta niat".

Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

Berikut dikongsikan cara lafaz niat puasa di Bulan Ramadhan:

            Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan

 نويت صوم غد أن أداء فرض رمضان هذه السنة لله تعالى

Bahasa rumi: Nawaitu Souma ghadin 'An Ada-'i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil'lahi Ta'ala

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan

 نويت صوم شهر رمضان كله لله تعالى

Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul'lihi Lil'lahi Ta'ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Admin disini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam!

2 comments:

Powered by Blogger.