Apa itu No Claim Discount (NCD) dan Bagaimana NCD Berfungsi?
Apa itu No Claim Discount (NCD) dan Bagaimana NCD Berfungsi?|TAHUKAH anda tentang No Claim Discount (NCD)? Bagi anda yang sudah biasa melakukan pembaharuan insuran kereta pada tiap tahun, menjadi perkara biasa dengar tentang diskaun tanpa tuntutan atau non claim discount (NCD).
Apa itu NCD?
NCD ialah diskaun yang diberi semasa anda memperbaharui insuran kenderaan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini.
Bagi tahun pertama, tiada diskaun yang akan diberi, tetapi anda akan mendapat diskaun mengikut jadual untuk tahun-tahun seterusnya. Oleh sebab itu, amat penting untuk anda semak NCD setiap tahun.
Kadar NCD mengikut kenderaan persendirian:
Tahun pertama- 0%
Tahun kedua- 25%
Tahun ketiga- 30%
Tahun keempat- 38.33%
Tahun kelima- 45%
Tahun yang seterusnya- 55%
Kadar NCD mengikut kenderaan komersial dan motosikal:
Tahun pertama- 0%
Tahun kedua- 15%
Tahun ketiga- 20%
Tahun keempat- 25%
Tahun yang seterusnya- 25%
Bagaimana NCD Berfungsi?
Jika anda membeli insurans kenderaan buat pertama kali, anda cuma akan dapat diskaun di masa semasa memperbaharui polisi itu untuk tahun yang kedua.
Seterusnya, jika anda masih tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun kedua, maka diskaun anda akan meningkat ke 30% semasa pembaharuan insuran untuk tahun ketiga.
Jika anda terpaksa membuat tuntutan, contohnya pada tahun ketiga, pada masa pembaharuan polisi, anda tidak lagi akan mendapat diskaun. Diskaun anda akan kembali kepada 0% seperti tahun pertama, dan anda mula semula dari tahap paling atas.
NCD Boleh Dipindahkan
Sebagai contoh, jika anda membeli kereta baharu, anda boleh memindahkan nilai NCD pada kereta lama kepada kereta baharu anda.
Walaubagaimanapun, jika anda membeli kereta baru tetapi anda tetap menyimpan kenderaan lama, maka kereta baru anda tiada NCD (0%) kerana anda tidak boleh menggunakan satu NCD pada lebih dari satu kenderaan.
No Fault Damage
Jika anda membuat tuntutan kerosakan yang bukan disebabkan diri sendiri, anda tidak akan kehilangan diskaun NCD.
Contohnya, jika berlaku kemalangan yang disebabkan oleh pihak ketiga, anda mempunyai pilihan untuk samada membuat tuntutan terhadap polisi pihak ketiga pihak terbabit, ataupun terhadap polisi komprehensif anda sendiri tanpa menjejaskan NCD kereta anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda juga boleh semak NCD anda melalui pautan mycarinfo.com.my
Semoga bermanfaat!

Post a Comment