4 Kelebihan Tingkatan 6 Aliran Sains
4 Kelebihan Tingkatan 6 Aliran Sains|INGIN tahu kelebihan memasuki Tingkatan 6 aliran sains? Tingkatan 6 Aliran Sains merupakan salah satu aliran yang ditawarkan kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian selepas mendapat keputusan SPM. Kebiasaanya sebelum ini, tingkatan 6 menggunakan lokasi sekolah untuk sesi pembelajaran.
Baca juga:
Kelebihan Tingkatan 6 Aliran Kemanusiaan
Kini sesetengah negeri sudah mula menjalankan tingkatan 6 di institusi terpilih dan berpusat khas untuk tingkatan 6 sahaja. Sekiranya anda layak untuk ikuti aliran sains, anda akan ditawarkan untuk mengambil aliran sains di tingkatan 6.
4 Kelebihan Tingkatan 6 Aliran Sains
Berikut dikongsikan antara kelebihan memasuki tingkatan 6 aliran sains:
1- Kos Lebih Murah
Memang tidak dapat dinafikan, belajar di tingkatan 6 hanya melibatkan kos yang rendah. Kebanyakan lokasi pembelajaran tingkatan 6 di institusi terpilih berdekatan dengan rumah anda. Segala kos akan lebih murah kerana segala kos peginapan dan pengangkutan anda ditanggung oleh kedua ibu bapa anda sahaja.
2- Pilihan Kursus di Universiti Yang Luas
Aliran sains ini lebih terbuka pilihannya berbanding aliran kemanusiaan di universiti. Lepasan aliran sains tingkatan 6 boleh memilih kursus-kursus dalam fakulti sains, teknologi ataupun kemasyarakatan. Berbanding pula yang hanya mengambil aliran kemanusiaan tidak boleh untuk memohon kursus dalam fakulti sains.
3- Tempoh Mencukupi untuk belajar
Jika anda ke matrikulasi atau pengajian lain, anda akan terkejar-kejar masa belajar dan menghabiskan sukatan pembelajaran anda. Hal ini kerana institusi lebih mementikan masa yang singkat. Berbanding tingkatan 6 lebih banyak masa kerana perlu mengikut takwim sekolah dan sedikit pertambahan tempoh belajar berbanding kursus lain.
4- Tenaga Pengajar Yang Berpengalaman
Mungkin ada yang terdengar bahawa tenaga pengajar di institusi lain lebih pakar. Sebenarnya sama sahaja kerana guru di institusi lain selain sekolah sebenarnya datang dari sekolah juga. Sebab setiap tahun ada sahaja guru seklah biasa yang dipanggil untuk mengajar di institusi lain.
4- Nilai Tinggi Untuk Sambung Belajar
Sedia maklum belajar di tingkatan 6 sains agak mencabar dan sukar. Anggapan itu seperti itu memberi tanggapan baik untuk pemilihan ke institusi pengajian tinggi bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang.
Semoga anda bijak membuat pilihan terbaik untuk menyambung pengajian lebih tinggi!

Post a Comment