TMJ Letakkan Sasaran Harimau Malaya Layak Ke Piala Dunia 2026
BARU dua minggu memegang tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pun memberi bayangan sejauh mana Harimau Malaya akan melangkah di pentas antarabangsa.
Dalam temu ramah bersama saluran Fox Sports Asia, Tunku Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai TMJ, meletakkan sasaran untuk pasukan kebangsaan layak ke Piala Dunia 2026.
Biarpun sedar sasaran itu agak sukar dicapai, baginda kelihatan yakin jika semua pihak memberi komitmen dan kerjasama seperti yang diharapkan, ia tidak mustahil menjadi kenyataan.
"Kita perlu mula bekerja keras dari sekarang, pertukaran struktur pentadbiran dan pemikiran semua yang terlibat," titah TMJ.
Untuk makluman, Piala Dunia 2026 akan menyaksikan perubahan format, di mana dengan 48 pasukan akan bertanding di pusingan akhir kejohanan.
Slot pasukan dari Asia pula akan ditambah menjadi lapan pasukan.
Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail agak skeptikal apabila diminta memberikan jangkaan terhadap Harimau Malaya dalam perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara, Jun depan.
"Pasukan kebangsaan sudah lama tidur. Lawan kita pula bukan calang-calang.
"Tetapi saya yakin kita akan berjuang habis-habisan. Beri Mario Gomez (ketua jurulatih kebangsaan) peluang untuk tunjukkan sesuatu," kata Tunku Ismail.
Ditanya mengenai visinya sebaik sahaja dilantik sebagai Presiden, beliau berkata paling penting ialah pendidikan dan penerapan elemen profesionalisme dalam diri semua yang terlibat.
"Paling jelas, semua pasukan dalam Liga Malaysia perlu dididik untuk tahu menguruskan hal kewangan dengan bijak untuk mengelakkan masalah seperti kelewatan pembayaran gaji yang boleh membawa kepada masalah lebih serius seperti 'match fixing' dan sebagainya," kata beliau.
Turut diberi perhatian ialah pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.
"Perkara ini perlu difikirkan, bukan setakat memberi perhatian kepada mengambil bahagian dalam Liga Super atau Liga Perdana, dan menghabiskan wang yang banyak untuk membeli pemain import," tambah beliau.
Sumber: Astro Awani

Post a Comment