Tarikh Sambutan Hari Ibu 2017 Di Malaysia

Untuk makluman anda, perayaan untuk meraikan jasa seorang ibu di Malaysia jatuh pada setiap Ahad minggu kedua pada bulan Mei 2017. Ini bermakna, negara kita Malaysia akan menyambut perayaan hari ibu pada Ahad 14 Mei 2017. Sebagai seorang insan bergelar anak, ini adalah masa yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama ibu selagi mereka masih bernyawa dimuka bumi ini. Sesungguhnya, pengorbanan seorang ibu adalah sangat besar dan tidak ternilai.

               Tarikh Sambutan Hari Ibu 2017 Di Malaysia

Tarikh Sambutan Hari Ibu 2017 Di Malaysia

-Ahad, 14 Mei 2017

Tips Hadiah Atau Pemberian Sempena Hari Ibu

Berikut adalah pemberian yang boleh anda berikan kepada ibu anda contohnya seperti:

-Kata-kata ucapan
-Kad Ucapan
-Hadiah
-Membawa bersiar-siar

Hukum Perayaan Hari Ibu Bagi Muslim

Perayaan Hari Ibu pada kurun ke 20-an sebenarnya bukanlah merayaan pengorbanan jasa seorang ibu. Hari Ibu pada era 20-an sebenarnya merayakan dewa greek iaitu Cybele dan merayakan “Biriawati” atau “Mother” di Gereja bagi agama Kristian. Namun pada zaman moden sekarang dan mengikut arus semasa, perayaan “hari ibu” telah diubah untuk merayakan pengorbanan jasa seorang ibu.

Bagi umat Islam, setiap hari adalah hari ibu. Admin ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu di Malaysia!

No comments

Powered by Blogger.