Resepi Cornflakes Madu Yang Mudah
DAH lama Lokman tak kongsikan resepi terbaik untuk pengunjung setia blog ini. Malam ini, Lokman akan kongsikan satu resepi iaitu 'Resepi Cornflakes Madu Yang Mudah'. Setiap kali nak dekat ja Hari Raya mesti ramai tercari-cari resepi ini. Jom lihat resepi cornflakes madu dibawah!
Resepi Cornflakes Madu Yang Mudah
Bahan-bahan:
1 buku butter
1 cawan gula halus
Setengah botol madu
Sekotak cornflakes yang besar
Cara Membuat Resepi Cornflakes Madu:
1-Pertama kali, campurkan butter dengan gula yang cair dan masukkan madu. Kacau sehingga rata.
2-Dah rata tambah hiasan kesukaan anda.
3-Selepas itu, masukkan dalam acuan bakar selama 5-10 minit suhu 160 bergantung pada oven masing-masing.
Selamat mencuba resepi ini dirumah anda!
Post a Comment