Perkhidmatan Perkongsian Basikal, oBike Hadir Ke Malaysia
BAGI anda yang pernah ke beberapa negara berhampiran, termasuk Singapura, China dan sebagainya, perkhidmatan perkongsian basikal semakin popular dimana pengguna boleh membuat tempahan untuk menggunakan basikal terus melalui suatu aplikasi, mendapatkan kod untuk mengakses basikal berkenaan, dan menunggang ia kemana-mana serta meninggalkannya.
Kini, salah satu perkhidmatan seumpamanya turut memasuki pasaran tempatan, dinamakan sebagai oBike.
Melalui oBike, pengguna perlu mengakses dan membuat tempahan melalui aplikasi Android atau iOS yang khusus untuknya, seterusnya menunggangnya kemana-mana dan meletakkannya di tempat parkir basikal yang terpilih.
Untuk mula menggunakan oBike sendiri, pengguna perlu membuat bayaran deposit. Deposit biasa adalah RM109, tetapi hanya RM49 untuk tempoh pengenalan ini sementara sekiranya anda mempunyai ID pengguna, anda boleh menyertainya dengan bayaran deposit serendah RM19. Bayaran deposit ini boleh didapati kembali sekiranya anda berhenti pada bila-bila masa, dan terhad sehingga 26 April 2017 sahaja.
Untuk kos penggunaan pula, oBike mengecas mengikut masa penggunaan, iaitu RM1 untuk setiap 15 minit.
Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya dengan memuat-turun aplikasi ini daripada Google Play Store atau Apple App Store hari ini.

Post a Comment