Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam Gred WK41
UNTUK makluman anda, bagi yang mengambil peperiksaan online Penguasa Kastam Gred WK41. Setelah tamatnya mengambil peperiksaan online, calon-calon yang lulus akan ditapis untuk menjalani sesi temuduga. Bagi yang berjaya dalam sesi temuduga, anda akan ditempatkan di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) selama 3 bulan.
Bagi yang ingin mengetahui contoh soalan temuduga Penguasa Kastam Gred WK 41 adalah seperti berikut:
1-Memperkenalkan diri dan latar belakang anda
2-Adakah anda masih belajar atau sudah bekerja? Bidang apa yang anda ceburi?
3-Nyatakan dasar-dasar kerajaan yang anda tahu di Malaysia
4-Nyatakan contoh isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia
5-Apakah sebab anda ingin bekerja dengan pihak kerajaan?
6-Apakah fungsi Jabatan Kastam di Malaysia?
7-Nyatakan jenis-jenis cukai yang anda tahu
8-Apakah perbezaan antara cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan cukai kastam?
9-Apakah misi dan visi kastam?
10-Dari manakah sumber anda perolehi tentang kastam?
11-Dimanakah terletaknya lokasi ibu pejabat kastam?
12-Apakah contoh barang yang dikawal masuk ke dalam Malaysia?
13-Apakah perbezaan antara imigresen dan kastam?
14-Apakah contoh-contoh duti yang dikenakan oleh kastam
15-Mengapakah kastam ditempatkan di sempadan negara?
Selamat berjaya yang ingin menjalani sesi temuduga Penguasa Kastam Gred WK41!
Post a Comment