Cara Mengetahui Aplikasi iOS dan Android Palsu Atau Tidak

PERLU diingatkan sebelum memuat turun sesuatu aplikasi, anda harus tahu ketika memuat turun aplikasi sekalipun dari kedai aplikasi rasmi, seperti Google Play Store (Android) atau Apps Store (iOS).

Cara Mengetahui Aplikasi iOS dan Android Palsu Atau Tidak

Kemungkinan juga aplikasi yang anda pasang itu adalah aplikasi palsu yang mengandungi virus jahat atau malware yang berpotensi mencuri maklumat peribadi tanpa anda sedari.

Para scammer yang beraksi di dunia maya biasanya memanfaatkan itu sebagai helah untuk mencuri maklumat pengguna, seperti kad kredit.

Berikut adalah cara mengetahui aplikasi iOS dan Android palsu atau tidak:

1. Semak Pembangun (Developer) Aplikasi

Anda harus semak nama syarikat atau pemaju aplikasi berkenaan. Biasanya, scammer akan menggunakan nama yang sama. Contoh: Overstock.com (asli) dan Overstock Inc (palsu).

2. Semak Ulasan Aplikasi

Aplikasi yang real atau sebenar biasanya mempunyai ulasan (review) yang banyak, baik positif mahupun negatif, dari para penggunanya. Sementara, ulasan pada aplikasi palsu hampir tidak ada.

3. Semak Tarikh Publish

Aplikasi palsu biasanya mencantumkan tarikh penerbitan (published date) terkini, sedangkan aplikasi asal memaparkan "updated on ..." atau "dikemaskini pada ...".

4. Semak Penerangan Aplikasi

Banyak pengguna yang tidak terlalu memerhatikan keterangan aplikasi. Padahal, anda dapat mengetahui aplikasi sebenar atau tidak dari situ. Deksripsi pada aplikasi palsu sering kali salah tulis.

Semoga bermanfaat!

2 comments:

  1. ada yg palsu juga rupanyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang malware..kena pandai memilih gak aplikasi yg btol

      Delete

Powered by Blogger.