Cara Membuat Tempahan Hotel di Trivago Secara Online

Cara Membuat Tempahan Hotel di Trivago Secara Online|ANDA masih tercari-cari hotel yang sesuai untuk penginapan malam anda? Manakah hotel yang terbaik dan murah untuk pilihan anda? Disini saya kongsikan kepada anda satu laman web Trivago yang merupakan carian hotel dan perbandingan harga yang paling popular di Malaysia. Jika anda lihat terdapat juga carian hotel lain untuk membuat tempahan seperti Hotels.com,  Agoda.com, Booking.com, Expedia dan lain-lain lagi. Kenapa anda perlu memilih Trivago?

Baca juga: Cara Booking Hotel di Agoda Dengan Mudah


Untuk makluman anda, Trivago merupakan carian hotel murah terbesar di dunia yang membenarkan pengguna membandingkan harga lebih 1 juta hotel. Anda boleh membuat tempahan hanya secara dalam talian dan boleh dapatkan maklumat hotel sama ada di Singapura, Indonesia dan sebagainya.

Mudah kan? Hanya masukkan destinasi dan tarikh perjalanan yang anda inginkan, dan biarkan enjin carian Trivago membandingkan harga penginapan untuk anda. Untuk dapatkan maklumat lebih terperinci cara membuat tempahan hotel di Trivago, jom lihat dibawah!


Cara Membuat Tempahan Hotel di Trivago Secara Online

1. Membuka laman web Trivago

Jika anda ingin membuat tempahan hotel di Trivago, anda perlu pergi ke laman web Trivago.com.my. Di sini, anda boleh buat pilihan sama ada menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Pilih lokasi anda yang ingin ditempah.

2. Mencari hotel penginapan

Anda masukkan maklumat berkaitan seperti lokasi, tarikh menginap daftar masuk dan daftar keluar beserta jenis bilik (bilik bujang, bilik kembar, bilik keluarga dan pelbagai bilik).

3. Tempahan hotel pilihan

Setelah selesai buat pilihan lokasi penginapan hotel, akan keluar di paparan. Anda akan lihat senarai hotel yang ditawarkan dan boleh buat pilihan mengikut populariti, harga dan jarak.

4. Buat bayaran tempahan

Setelah selesai membuat pilihan hotel yang hendak dijadikan sebagai penginapan anda. Bagi membuat bayaran, anda perlu klik 'Book' atau 'Reserve'. Disini, anda akan diberi pilihan penginapan tambahan seperti sarapan pagi, lunch dan dinner.

Selepas itu, barulah anda diberi untuk membuat bayaran samada bayar deposit dahulu, bayaran penuh atau bayar di kaunter mengikut syarat hotel yang ditetapkan.

5. Setelah selesai masukkan cara pembayaran, hantar dan sudah selesai untuk pendaftaran hotel pilihan anda. Mudah kan! Anda sekarang sudah selesai buat tempahan penginapan hotel pilihan anda hanya 5 minit sahaja!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara membuat tempahan hotel di Trivago, anda boleh semak di link 'Di Sini'

>> Dapatkan Tempahan Hotel di Trivago Mulai Sekarang

No comments

Powered by Blogger.