Tarikh Penting Kemasukan UPU Sesi 2017/2018
UNTUK makluman anda, berikut adalah tarikh-tarikh penting UPU sesi kemasukan 2017/2018 untuk panduan pemohon.
Permohonan UPU Sesi 2017/2018
Berikut adalah tarikh penting permohonan UPU 2017/2018 talian:
Lepasan SPM
Jualan No. Unik ID UPU: Mulai 6 Februari 2017 (Jam 12.00 Tengah Hari) sehingga 30 Mac 2017 (Jam 11.59 Malam)
Permohonan UPU: Mulai 6 Februari 2017 (Jam 12.00 Tengah Hari) sehingga 31 Mac 2017 (Jam 11.59 Malam)
Semakan Panggilan Temuduga: 21 - 27 Mei 2017 (Rayuan dalam tempoh 7 hari)
Keputusan Permohonan UPU: 14 - 20 Mei 2017
Permohonan eRayuan UPU: 14 - 20 Mei 2017
Keputusan Permohonan eRayuan UPU: *Akan dikemaskini
Soalan-Soalan Lazim (FAQ) Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP)
Berikut adalah disertakan maklumat berkenaan soalan-soalan lazim UPU dari laman web UPU:
SOALAN 1: Apakah peranan utama Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) dalam pembangunan pendidikan?
JAWAPAN 1: BPKP adalah satu bahagian dalam Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berperanan dalam menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar bagi mempertingkatkan tempat belajar serta bertanggungjawab dalam memproses dan menyelaras kemasukan pelajar ke IPTA, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional / Metro, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi Program Pengajian Lepasan SPM / Setaraf, Lepasan SKM dan Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf.
SOALAN 2: Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP (UPU) dalam pengurusan pengambilan pelajar ke IPTA?
JAWAPAN 2: Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi (Ijazah Pertama) adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.
SOALAN 3: KPM telah mengambil pendekatan dan inisiatif dalam menyebar luas maklumat kemasukan ke IPTA melalui penganjuran Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) pada setiap tahun. Bagaimanakah KPTN ini dapat membantu pelajar dalam mencapai cita-cita yang akhirnya mencorakkan negara dengan pembangunan modal insan yang seimbang?
JAWAPAN 3: Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) adalah sebagai platform untuk persiapan kemasukan pelajar ke IPTA dalam menyediakan sistem permohonan aplikasi dalam talian (20 kiosk permohonan disediakan kepada pemohon di tapak karnival), khidmat runding cara bersama pegawai daripada Kementerian, IPTA, politeknik dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) serta edaran bahan bercetak mengenai institusi, program pengajian, sistem dan prosedur permohonan. Selain daripada itu, KPM melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP, JPT) juga telah mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan akses komunikasi secara maya bersama masyarakat di laman (page) 'Kemasukan BPKP JPT - FB rasmi UPU' di laman sosial Facebook . KPM juga melaksanakan taklimat dan seminar di sekolah kepada pelajar dan kaunselor. IPTA juga turut bersama-sama turun padang menjalankan promosi bersama-sama Kementerian.
SOALAN 4: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke IPTA?
JAWAPAN 4: Permohonan kemasukan ke IPTA boleh dicapai melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web http://upu.moe.gov.my dan permohonan akan dibuka pada bulan Januari 2015.
SOALAN 5: Setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID untuk mengemukakan permohonan. Bagaimanakah cara untuk membeli nombor unik ID tersebut?
JAWAPAN 5: Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja) sehari selepas iklan disiarkan. Kategori pembelian nombor unik ID adalah seperti berikut:
Kategori A: Lepasan SPM / Lepasan SKM / ILKAKategori B: Lepasan STPM / Setaraf, Lepasan Diploma / Setaraf, Lepasan STAM, Asasi dan Matrikulasi
SOALAN 6: Semasa mengisi permohonan, pemohon telah membuat kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih diproses oleh pihak BPKP?
JAWAPAN 6: Pemohon perlu memaklumkan kepada pihak BPKP terlebih dahulu di talian Hotline UPU (03-8870 6767) kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan menyukarkan proses permohonan.
SOALAN 7: Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti
mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?
JAWAPAN 7: Tidak perlu sertakan salinan sijil tesebut kerana maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
SOALAN 8: Adakah pelajar Bukan Warganegara boleh memohon untuk kemasukan ke IPTA bagi Program Lepasan SPM / Setaraf?
JAWAPAN 8: Tidak boleh kerana Program Pengajian Lepasan SPM / Setaraf hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja. Bagi program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf pula, permohonan adalah tebuka kepada Bukan Warganegara Malaysia dan mereka perlu memohon terus kepada IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan. Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap boleh memohon melalui Aplikasi Dalam Talian di http://upu.moe.gov.my
SOALAN 9: Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran telah hilang?
JAWAPAN 9: Pemohon boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.
SOALAN 10: Adakah pemohon diberi peluang untuk membuat kemaskini disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?
JAWAPAN 10: Pemohon masih boleh membuat kemaskini kerana tiada sebarang had dalam pengemaskinian permohonan tetapi kemaskini tesebut hanya boleh dilakukan semasa tempoh permohonan masih dibuka iaitu sehingga bulan April 2015.
SOALAN 11: Adakah pemohon perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?
JAWAPAN 11: Hanya bagi Kategori Diploma / Setaraf (Program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C bagi Program Pengajian Lepasan SPM / Setaraf sahaja yang perlu menghantar salinan dan dokumen tersebut. Pemohon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telah disahkan ke IPTA pilihan kecuali UiTM.
SOALAN 12: Setiap pemohon perlu memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program Pengajian sebelum mengemukakan permohonan. Di mana semakan tersebut boleh dilakukan oleh pemohon?
JAWAPAN 12: Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di epanduan kemasukan di http://upu.moe.gov.my dan pemohon perlu memastikan mereka memohon program pengajian yang mengikut aliran masing-masing semasa menduduki peperiksaan SPM. Contohnya, pelajar aliran sains perlu memohon program pengajian aliran sains.
SOALAN 13: Adakah pemohon layak mengemukakan permohonan ke IPTA walaupun bukan pelajar SPM tahun semasa (tahun 2014)?
JAWAPAN 13: Pelajar masih layak memohon sekiranya mereka adalah lepasan SPM 2012 dan ke atas, walau bagaimanapun, bagi lepasan SPM 2011 dan ke bawah boleh terus memohon ke IPTA pilihan.
SOALAN 14: BPKP juga telah menjadi Pusat Pengambilan Setempat ke politeknik selain kemasukan ke IPTA. Apakah syarat kemasukan ke politeknik tersebut?
JAWAPAN 14: Syarat kemasukan ke politeknik bergantung kepada kursus dan peringkat pengajian. Secara umumnya, pemohon mestilah warganegara Malaysia dan lulus SPM. Bagi kursus peringkat diploma, pemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk matapelajaran matematik / matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil, pemohon mestilah kepujian sama ada matematik / matematik tambahan atau mata pelajaran sains / teknikal / vokasional / sastera.Maklumat secara terperinci berkenaan syarat kemasukan boleh diperolehi di www.politeknik.edu.my
SOALAN 15: Bagaimanakah pemohon boleh mendapatkan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan STPM / Setaraf atau program pengajian Lepasan SPM / Setaraf?
JAWAPAN 15: Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3 kaedah berikut:
i. Internet:
http: //upu.moe.gov.my
http: //jpt.utm.my
http: //jpt.uum.edu.my
https: //jpt.unimas.my
http: //jpt.ums.edu.myii.
SMS Taip UPU <space> RESULT <space> NO KP dan hantar ke 15888
iii. Telefon:
Helpline 03-8870 6777
Talian Am 03-8870 6755 / 6778
Hotline UPU 03-8870 6767
SOALAN 16: Setelah membuat semakan status keputusan permohonan ke IPTA, keputusan menunjukkan bahawa rekod permohonan tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?
JAWAPAN 16: Perkara ini berlaku kerana pemohon tidak mengemukakan permohonan dan setiap permohonan perlu sah dan hantar. Oleh yang demikian, setiap pemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan.
SOALAN 17: Mengapakah pemohon ditawarkan ke program / IPTA yang bukan dalam pilihan semasa mengemukakan permohonan?
JAWAPAN 17: Pemohon telah bersetuju pada ruangan kenyataan khas untuk menerima tawaran luar pilihan (program pengajian).
SOALAN 18: Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajian yang sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program pengajian tersebut?
JAWAPAN 18: Bergantung kepada kekosongan tempat dan adalah dinasihatkan memohon program lain. Pemohon juga dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program-program kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang lain.
SOALAN 19: Mengapakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi tetapi gagal mendapat tawaran tempat di IPTA seperti program pengajian perubatan / pergigian / farmasi dan sekiranya pemohon menolak tawaran ke IPTA, adakah pemohon boleh mengemukakan e-rayuan?
JAWAPAN 19: Tempat adalah terhad terutamanya bagi program perubatan / pergigian / farmasi yang sangat kompetitif dan pencapaian pemohon dengan markah merit yang lebih tinggi akan mendapat tawaran dahulu. Perlu diingatkan hanya pemohon yang tidak mendapat sebarang tawaran sahaja boleh membuat permohonan rayuan dan tawaran bagi permohonan rayuan adalah terhad bertujuan mengisi kekosongan tempat sedia ada.
SOALAN 20: Pemohon mengalami masalah kesihatan. Adakah pemohon layak untuk membuat pertukaran ke IPTA lain?
JAWAPAN 20: Pertukaran ke IPTA lain adalah atas budi bicara IPTA yang dimohon dan berdasarkan tahap kesihatan atau jenis penyakit beserta dengan laporan yang dikemukakan oleh doktor kerajaan pakar pesakit. Pemohon juga perlu mengemukakan surat permohonan berserta dokumen-dokumen berkaitan termasuk surat pegesahan untuk pertimbangan permohonan tersebut.
Semoga bermanfaat!

Post a Comment