Laksa, Mihun Sup, Ais Kacang Hanya RM1 Di Kedai Kak Na

VIRAl sekarang di laman sosial sebuah gerai makan iaitu Kedai Kak Na yang makanan dijual hanya RM 1. Apa yang menarik ada di Kedai Kak Na ini? Baru-baru ini Kedai Kak Na ini telah masuk dalam Majalah 3 disebabkan harga makanan dia hanya RM1.

Laksa, Mihun Sup, Ais Kacang Hanya  RM1 Di Kedai Kak Na

Dari Laksa Hebat, Mee Sup biasa, Mihun Sup biasa, Kuey Teow biasa, ABC semua RM1 tau!

Sebuah gerai yang dikendalikan oleh seorang penduduk di Kampung Sungai Buaya dekat Taman Rekreasi Bukit Panchor di sini popular di kalangan penduduk tempatan dan pelawat kerana beberapa jenis makanannya dijual pada harga RM1 semangkuk.

Laksa dan hidangan berkuah lain, ais kacang dan pelbagai jenis minuman berkarbonat yang terdapat pada menu dan berharga RM1 itu hanya boleh diperolehi pelanggan apabila mereka berkunjung di Kedai Kak Na.

Gerainya, yang dibuka dari tengah hari hingga 3 petang kecuali hari Selasa dapat menarik ramai pelanggan, khususnya pelajar dari dua kolej berdekatan.

Ingin mengetahui info lebih lanjut:

Lokasi: Kampung Sungai Buaya, Taman Rekreasi Bukit Panchor Nibong Tebal
Masa: Dibuka tengahari hingga 3 petang kecuali hari selasa




2 comments:

Powered by Blogger.