Resepi Sizzling Yee Mee Yang Mudah

BAGI anda yang pengemar makan masakan sizzling yee mee ini anda patut cuba resepi yang saya kongsikan ini. Amat mudah cara membuatnya! Saya merupakan peminat No. 1 masakan sizzling yee mee ini. Oleh sebab itu, saya nak kongsikan resepi sizzling yee mee yang mudah. Jom lihat dibawah!

              Resepi Sizzling Yee Mee Yang Mudah

Resepi Sizzling Yee Mee Yang Mudah

Bahan-bahan:

9 ulas bawang putih (ketuk atau hiris)
2-3 inci halia (hiris nipis)
5-6 tangkai Cili kering
Sebelah dada ayam
Sebungkus cendawan shitake
3-4 sb sos tiram
3-4 sb kicap pekat
2-3sb kicap cair
Serbuk lada hitam
Sesudu kecil minyak bijan
3-4 sudu besar tepung jagung
Sayur sawi
Yee mee

Cara Membuat:

(1) Pertama kali, tumis bawang putih, halia dan cili kering sekali sehinggalah kelihatan kekuningan

(2) Masukkan ayam & cendawan serta masukkan air, biarkan seketika hingga ayam itu benar-benar masak.

(3) Masukkan semua perasa (kicap, sos tiram, lada hitam) dan kacau sehingga rata

(4) Kemudian, masukkan minyak bijan

(5) Pastikan cendawan dan ayam betul-betul masak barulah masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah

(6) Pastikan betul-betul masak

Penyediaan di (Hot plate):

(1) Masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut

(2) Pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah sekali lauk dan cendawan secukupnya

Selamat mencuba sendiri di rumah anda!

No comments

Powered by Blogger.