Resepi Kuih Bakul Yang Mudah

SEMPENA Tahun Baru Cina 2017 tidak lama lagi, pasti masyarakat cina akan tercari-cari resepi kuih bakul yang amat sinonim dengan masyarakat mereka. Kuih Bakul merupakan antara makanan yang wajib dihidangkan pada tiap-tiap tahun bagi perayaan Tahun Baru Cina. Dengan itu, pada malam ini Lokman nak kongsikan 'Resepi Kuih Bakul Yang Mudah' khas buat pengunjung setia blog ini. Jom lihat resepi dibawah:

Resepi Kuih Bakul Yang Mudah

Resepi Kuih Bakul Yang Mudah

Bahan-bahan:

250 gm tepung pulut, diayak
250 ml air
280 gm gula pasir
Daun pisang yang telah siap dilayur
4-5 tin / loyang berukuran 10 cm
Tali rafia / hem untuk mengikat

Cara Membuat:

-Gaulkan tepung pulut dengan air hingga sebati.

-Masukkan gula dan kacau rata hingga gula larut. Biarkan selama 15 minit.

-Kemudian, alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahagian atas tin agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah).

-Didihkan air dan kemudian kecilkan api. Tuangkan separuh adunan ke dalam tin dan kukus selama 7-8 jam.

-Penutup kukus hendaklah dibalut dengan beberapa lapisan kain kasa. Apabila kuih masak, ia akan berwarna kecoklatan.

Selamat mencuba dan selamat Tahun Baru Cina!

2 comments:

  1. Alahai, senang je rupanya.. Haha..
    Nak try la.. Dha lama tak makan.. :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.