Resepi Cheese Kek Oreo Yang Enak
ANDA ingin merasai cheese kek oreo yang mudah tapi rasanya enak berkrim. Malam ini saya akan kongsikan satu resepi iaitu cara buat cheese kek oreo yang mudah. Untuk membuat cheese kek oreo ini, anda hanya memerlukan masa kurang dari 20 minit sahaja. Mudah kan! Jom lihat resepi dibawah!
1 paket biskut oreo
250 gram cream cheese
1/4 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
1 kotak whipping cream
Cara Membuat:
1-Pertama kali, anda perlu hancurkan biskut oreo terlebih dahulu
2-Pukul whipping cream, cream cheese, gula, dan esen vanila guna ke dalam mangkuk besar sehingga kembang
3-Kemudian, masukkan sedikit crumbs oreo.
4-Fillings yang telah siap, boleh dituang ke dalam bekas acuan inginkan yang telah disejukkan
5-Akhir sekali, biarkan dalam peti sejuk selama 2 jam
Selamat mencuba di rumah anda!
Post a Comment