Permohonan UPU Ke UA/IPTA/Politeknik Sesi 2017/2018 Online

BAGI anda yang ingin membuat permohonan UPU secara online untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) & Politeknik Premier bagi sesi akademik 2017/2018, dan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional / Metro, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2017.

Baca juga:
Tarikh Penting Kemasukan UPU Sesi 2017/2018

                Permohonan UPU Ke UA/IPTA Sesi 2017/2018 Online

Panduan Permohonan UA / Politeknik / ILKA

Sila layari pautan e-Panduan berikut untuk maklumat lengkap serta panduan mengenai senarai progran pengajian yang ditawarkan, syarat am kemasukan, syarat khas program pengajian / kursus, serta maklumat mengenai UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA.

e-Panduan untuk Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam / Politeknik Premier di pautan berikut:

e-Panduan untuk Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional / Metro, Kolej Komuniti & ILKA:

Siapa Yang Layak Memohon

Berikut disenaraikan kategori program pengajian yang ditawarkan dan calon yang layak memohon berdasarkan kelulusan mereka:

Program Asasi / Diploma di UA & Politeknik, dan Sijil / Diploma di Kolej Komuniti dan ILKA (untuk lepasan SPM / Setaraf)

Semua calon yang berkelulusan SPM tahun 2016, 2015 dan 2014 layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA berdasarkan kelayakan dan minat calon.

Program Ijazah Sarjana Muda di UA & Politeknik Premier (untuk lepasan STPM / Setaraf)

Semua calon yang berkelulusan STPM 2016, STAM 2016 & 2015, Matrikulasi KPM, Asasi UA, Pra-U Sekolah Sukan dan Diploma / setaraf layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) berdasarkan kelayakan dan minat calon.

Kursus Yang Layak Dimohon

Anda boleh mengenal pasti program pengajian atau kursus mana yang sepadan dengan kelulusan akademik anda melalui aplikasi dalam talian Sistem Semakan Syarat Kelayakan / Kemasukan.

Untuk Universiti Awam:

Untuk Politeknik Premier, Konvensional / Metro:

Aplikasi ini akan menyenaraikan kursus-kursus yang layak anda mohon berdasarkan keputusan peperiksaan SPM / STPM anda.

Cara Memohon ke UA / IPTA / ILKA Menerusi UPU

Permohonan Universiti Awam, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti) & ILKA hanya boleh di buat secara atas talian melalui UPU Online.

Berikut adalah cara memohon kemasukan ke UA, Politeknik Premier / Konvensional / Metro, Kolej Komuniti serta ILKA:

-Beli nombor unik ID (Nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN).
-Tarikh mula jualan nombor pin Unik ID UPU ialah 6 Februari 2017.

Terdapat dua jenis kategori pembelian No. Unik ID. (Kategori ini adalah berbeza dengan kategori bagi mengemukakan permohonan dalam talian):

Kategori lepasan SPM / Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA

-Harga No. Unik ID Kategori A ialah RM15.65 termasuk GST

Kategori lepasan STPM / Setaraf, Matrikulasi KPM / PASUM / Asasi, Diploma / Setaraf, STAM, Diploma Politeknik

-Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.65 termasuk GST

Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) di portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi:


1-Sekiranya anda belum mendaftar, sila lakukan Senarai Kali Pertama terlebih dahulu. Pendaftaran UPU Online boleh dibuat tanpa nombor unik ID.

2-Bagi yang telah mendaftar, sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah anda daftarkan untuk mengakses borang permohonan online.

3-Setiap siap mengisi dan menghantar borang permohonan UPU Online, sila cetak slip permohonan dan simpan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tempoh Permohonan UPU Sesi 2017/2018

Tarikh sistem permohonan UPU Online dibuka ialah bermula 6 Februari 2017 jam 12:00 tengahari dan tarikh tutup pada 31 Mac 2017 jam 11:59 malam.

Selamat membuat permohonan UPU Sesi 2017/2018!

No comments

Powered by Blogger.