5 Manfaat Silica Gel Yang Anda Perlu Tahu
MESTI anda pernah melihat ada butiran yang dibungkus dalam kertas putih ketika membeli sebuah barang seperti kasut, beg, atau perabot rumah? Ini adalah silica gel yang berguna untuk melindungi dan memastikan benda tersebut tetap terawat.
Namun, ternyata silica gel ini mempunyai banyak manfaatnya. Jika sebelum ini anda membuang benda putih di kotak kasut ini, sekarang anda boleh menggunakannya sebagai bahan pengawet benda lain atau sebagai pengharum ruangan.
Berikut manfaat silica gel yang tidak diketahui:
1. Mengeringkan telefon bimbit
Ketika telefon bimbit anda basah terkena air tentu menjadi hal yang buruk bagi anda. Namun jangan panik, anda boleh menggunakan manfaat daripada silica gel. Jika anda menyimpan silica gel, anda boleh menggunakannya untuk mengeringkan telefon bimbit yang basah dengan cepat.
2. Menjaga perhiasan tetap berkilau
Masukkan sebungkus silica gel pada kotak perhiasan anda untuk menjaga kelembapannya. Perhiasan anda akan tetap kelihatan berkilau dan bersinar meski sudah tersimpan lama. Anda tidak perlu untuk sering menggilap perhiasan lagi.
3. Menhilangkan bau di beg
Apabila membeli beg baru anda biasanya akan mencari silica gel di dalamnya. Jangan dibuang kerana benda kecil tersebut ternyata mempunyai manfaat yang besar. Anda boleh menhilangkan bau dari dalam beg, terlebih beg sukan yang biasanya diisi pakaian dan kasut sukan yang sudah kotor.
4. Menjaga dokumen penting
Kelembapan boleh membuat dokumen penting rosak seperti lapuk. Sehingga dengan menaruh silica gel pada dokumen anda dapat menjaganya tetap rapi bahkan jika disimpan dalam masa yang lama.
5. Menjaga ubat pil
Pernahkah anda melihat silica gel di dalam botol pil ubat? Silica gel berfungsi untuk menjaga kelembapan pil anda dari kerosakan air dan bakteria. Silica gel juga bermanfaat baik ketika anda membawa pil semasa dalam perjalanan.
Selamat mencuba!
Post a Comment