Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2017
Mesti ada dikalangan anda yang ingin mengetahui apakah syarat kelayakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi permohonan baru tahun 2017.
Pendaftaran baru untuk permohonan baru dan kemaskini sekarang sedang dibuka mulai 5 hingga 31 Disember 2016.
Disini saya akan kongsikan syarat kelayakan permohonan BR1M 2017.
Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2017
Menerusi laman web e-BR1M penulis kongsikan beberapa syarat kelayakan untuk memohon BR1M 2017 seperti:
-Warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia sahaja.
-Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah isi rumah bulanan RM4000 dan ke bawah.
-Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4000 dan ke bawah.
-Bujang yang berusia 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah.
Salinan Dokumen
Inilah beberapa salinan dokumen yang perlu dikemukakan untuk memohon BR1M 2017 seperti:
-Pengenalan Diri (MyPR atau MyKid atau Pasport atau Sijil Lahir)
-Sijil perceraian pemohon atau sijil kematian pasangan untuk pemohon yang berstatus Ibu atau Bapa Tunggal atau Balu atau Janda atau Duda
-Sijil perceraian atau sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (hanya untuk kategori bujang yang ada tanggungan)
Semoga bermanfaat kepada anda yang sentiasa mengunjungi blog ini!
Post a Comment