Sinopsis Oh My English Road to Jogja
Jangan lepaskan peluang menonton telefilem terbaru Oh My English berjudul Oh My English! Road to Jogja menampilkan lakonan Juzzthin, Roax Tan, Zhafir Muzani dan kemunculan istimewa pelakon-pelakon popular seperti Johan Raja Lawak, Jihan Muse, Mark Adam, Elfira Loy, dan Randy Pangalila. Mereka dalam cabaran terbaru mereka untuk menyertai pertandingan memasak di Jogja. Ikuti kisah mereka yang penuh dengan cabaran baru pada 3 Disember dan 11 Disember 2016 jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610), Astro Prima (Saluran 105) dan juga dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135).
JUDUL : OH MY ENGLISH! ROAD TO JOGJA!
TARIKH / MASA : 3 & 11 Disember 2016 / 9.00 malam
SIARAN : Astro TVIQ, Astro Prima, Maya HD
PENGARAH : Umi Salwana Omar
PELAKON : Juzzthin, Roax Tan, Zhafir Muzani, Johan Raja Lawak, Jihan Muse, Mark Adam, Elfira Loy, Randy Pangalila
SINOPSIS OH MY ENGLISH : ROAD TO JOGJA
BAHAGIAN PERTAMA (PART 1)
Mengisahkan perjalanan Zack (Juzzthin), See Yew Soon (Roax Tan) dan Mazlee (Zhafir Muzani) mencapai impian mereka bergelar chef dan pengusaha kafe berjaya. Setelah buntu mencari idea baru untuk melariskan kembali perniagaan kafe ‘After School’ mereka, mereka bercadang untuk bertanding di dalam sebuah pertandingan memasak peringkat antarabangsa di mana mereka bukan sahaja boleh memenangi wang tunai, tetapi juga mengembalikan reputasi perniagaan mereka. Dengan bantuan Mr. A, mereka mengembara ke seluruh Malaysia untuk mengembalikan nama bersih kafe ‘After School’, menggunakan sebuah ‘food truck’. Dalam kekalutan itu, mereka bertemu Chef Bru (Mark Adam) yang dalam diam, ingin mengambil kesempatan terhadap mereka untuk kepentingan peribadi. Chef Bru memberikan tugasan mencabar, mengarahkan Zack, See Yew Soon dan Mazlee mencari 3 bahan rahsia; ayam hitam kaki satu, sos popia meletop dan rempah kari menangis. Sebagai tukaran beliau akan berkongsi rahsia masakan beliau. Pelbagai perkara lucu, cabaran dan rintangan dihadapi tiga sahabat ini dalam pencarian penuh mendebarkan itu. Berjayakan ketiga-tiga bahan itu ditemui dan adakah mereka akan berjaya menawan kembali hati pelanggan mereka?
BAHAGIAN KEDUA (PART 2)
Menyaksikan perjalanan Zack, See Yew Soon dan Mazlee membawa panji Malaysia dan kafe ‘After School’ dalam sebuah pertandingan masakan antarabangsa berprestij di Jogjakarta, Indonesia. Setibanya mereka di sana, terdapat chef-chef handal lain yang turut sama mengambil bahagian termasuklah Jazlin lakonan Elfira Loy, seorang gadis dari Malaysia yang mahir menyediakan hidangan istimewa resipi turun temurun neneknya dan juga Maskor (Randy Pangalila), seorang jejaka Indonesia yang memiliki karakter yang aneh. Dengan gelaran juara dan ganjaran tunai menjadi pertaruhan, mereka mencuba sehabis baik menampilkan persembahan dan kreativiti dalam setiap masakan mereka. Keadaan menjadi semakin pelik apabila beberapa kejadian tidak diingini berlaku dan seorang demi seorang chef yang bertanding mula ditimpa musibah. Adakah semua ini satu muslihat dan apakah yang akan berlaku di Jogjakarta? Dapakah Zack, See Yew Soon dan Mazlee merungkai misteri ini dan melepaskan diri?
Post a Comment