Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online

Anda bangsa Johor dan mahu memiliki rumah mampu milik? Pada entri kali ini, saya mahu kongsikan beberapa panduan penting berkenaan cara membuat permohonan dan pendaftaran Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) secara dalam talian.

Mampu Milik ini dapat membantu mereka yang susah untuk membeli rumah dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil selain daripada harga rumah yang semakin lama semakin mahal.

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online

Berita baik bagi Rakyat Johor, anda boleh mendapatkan rumah mampu milik Negeri Johor dengan membuat permohonan dan pendaftaran secara dalam talian menerusi laman web yang dikongsikan di bawah ini.

Jenis Rumah Dan Syarat Kelayakan Gaji

Di bawah ini, admin kongsikan senarai jenis rumah dan kedai yang ditawarkan:

1. Rumah Komuniti Jenis A

Harga Rumah: RM 42000.00
Had Maksimum Pendapatan: RM 3000.00

2. Rumah Komuniti Jenis B

Harga Rumah: RM 80000.00
Had Maksimum Pendapatan: RM 5000.00

3. Rumah Mampu Milik Johor Dan Kedai Kos Sederhana Rendah

Harga Rumah: RM 150000.00 - RM 220000.00
Had Maksimum Pendapatan: RM 8000.00

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor

Di bawah ini, berikut adalah syarat-syarat permohonan RMMJ:

-Warganegara Malaysia

-Menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM 8000 pendapatan kasar bulanan.

-Berkahwin Atau bujang layak memohon.

-Hanya Satu permohonan bagi pasangan suami isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.

-Pemohon / Pasangan yang telah mempunyai RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B

-Pemohon / Pasangan yang telah mempunyai RKR / RKSR / PKJ A / PKJ B boleh memohon RMMJ.

-Pemohon / Pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana / mewah TIDAK LAYAK memohon

-Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR

-SENDIRI Ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT / BATAL.

-Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAH yang dihantar melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.

-Pemohon Hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.

Cara Buat Permohonan & Pendaftaran

Langkah 1

-Individu Atau pemohon hendaklah mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun. Sila daftar di APLIKASI PENDAFTARAN

Langkah 2

-Login Ke akaun SUKJ, kemaskini akaun dan maklumat peribadi yang betul dan tepat.

Langkah 3

-Pilih Mukim dan ketegori rumah dan hantar permohonan

Langkah 4

-Hanya Pemohon yang layak sahaja akan diberi notis dan membawa dokumen bagi tujuan tawaran rumah mengikut pembangunan projek.

Cara Hubungi

Bahagian: Bahagian Perumahan.

Alamat: Bahagian Perumahan, Aras 1, Bangunan Dato 'Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Nusajaya, Johor

E-mel: erumah@johor.gov.my

Telefon: 07-2666260 / 07-2666261

Waktu Bekerja

Ahad - Rabu - 8.00am to 5.00pm
Khamis - 8.00am to 3.30pm
Jumaat- Sabtu - Tutup

No comments

Powered by Blogger.