Permohonan e-Rayuan SBP 2017 Secara Online
Bagi murid yang tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang telah ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama. Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua jika membuat e-Rayuan secara online.
Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman tawaran kepada murid yang berjaya.
Cara Mengisi Permohonan e-Rayuan Secara Online Dan Cara Menyemak e-Rayuan
1. Kepada mereka yang sudah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi GAGAL:
-Anda perlu layari Portal Rasmi Semakan SBP 2017.
-Anda perlu klik sistem semakan Tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4.
-Anda perlu memasukkan nombor giliran UPSR / PBS.
-Anda perlu memasukkan maklumat yang diminta dalam bilik catatan. Klik pada e-rayuan dan tekan Hantar.
2. Kepada mereka yang tak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:
-Anda perlu layari Portal Rasmi Semakan SBP 2017.
-Klik sistem semakan tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4.
-Anda perlu memasukkan nombor giliran UPSR / PBS.
-Anda perlu memasukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan. Klik pada e-rayuan dan perlu tekan Hantar.
Post a Comment