MRT Percuma Selama Sebulan
MRT percuma sebulan, pengguna perkhidmatan rel Mass Rapid Transit (MRT) Fasa Pertama laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) akan menikmati tambang percuma apabila ia dibuka kepada orang ramai pada Jumaat (16/12/2016). Tambang hanya akan dikenakan bermula 17 Januari 2017.
Mengumumkan berita gembira itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengguna boleh menikmati perkhidmatan MRT Fasa Pertama ini termasuk bas pengantara secara percuma sehingga 16 Januari tahun depan.
Bermula pukul 6 pagi Jumaat, 12 stesen MRT dalam projek Fasa Pertama akan mula beroperasi.
Stesen MRT Fasa Pertama
Ia melibatkan Stesen-stesen berikut:
Sg Buloh
Kampung Selamat
Kawasan Damansara
Kawasan Sentral
Bandar Damansara
Surian
Mutiara Damansara
Bandar Utama
Taman Tun Dr Ismail
Phileo Damansara
Pusat Bandar Damansara
Semantan
Kira-kira 120 bas pengantara akan ditempatkan di 26 laluan menuju ke 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan yang juga Fasa Pertama perkhidmatan rel MRT.
Untuk permulaan, 24 tren akan digunakan bagi menghubungkan 12 stesen dengan jarak sejauh 21 kilometer yang beroperasi seawal pukul 6 pagi hingga tengah malam.
Setiap tren terdiri daripada empat gerabak dan berukuran 89 meter yang berupaya menampung kapasiti 1,200 penumpang.
Fasa Kedua Laluan SBK dijadualkan beroperasi pada Julai 2017 dengan 19 lagi stesen menghubungkan laluan Semantan dan Kajang.
Post a Comment