Kadar Dividen Dan Bonus ASB ASN 2016


Mesti anda sekarang berlegar-legar di fikiran tentang berapakah kadar dividen dan bonus ASB 2016 bakal diterima dan bilakah tarikh kadar pengagihan dividen dan bonus ASB 2016? Pasti setiap menjelang hujung tahun, sebagai pelabur pasti anda ternanti-nanti pengumuman pengagihan pendapatan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Mengikut rekod sebelum ini, kadar dividen dan bonus ASB akan diumumkan sekitar hujung bulan Disember 2016 sepertimana tahun 2015 yang telah diumumkan pada 29 Disember 2015.

Kini, menerusi satu makluman menyatakan bahawa yang urusniaga ASB dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan mulai 22 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017. Pembukaan semula urusniaga akan kembali dibuka pada 3 Januari 2017.

Berikut adalah dikongsikan tentang kadar dividen dan bonus ASB 2016 serta rekod-rekod sebelum ini:

Kadar dividen - 6.75 unit sen
Kadar bonus - 0.50 unit sen

Senarai Lengkap Pendapatan Dividen dan Bonus ASB Tahun 2010 - 2015

2015
Kadar dividen - 7.25
Kadar bonus - 0.5

2014
Kadar dividen - 7.5
Kadar bonus - 1

2013
Kadar dividen - 7.7
Kadar bonus - 1

2012
Kadar dividen - 7.75
Kadar bonus - 1.15

* Semua kadar dalam unit sen

No comments

Powered by Blogger.