Inilah Pramugari Paling Cantik Di Dunia
Liu Miaomiao, Pramugari daripada Shanzhen Airlines dipilih sebagai pramugari paling cantik di dunia setelah berjaya memenangi satu pertandingan yang dianjurkan oleh World Air Stewardess Association (WASA).
Liu mula khidmat sebagai kabin krew di Shenzhen Airlines sejak tahun 2010 selepas melalui pelbagai siri ujian yang ketat.
Sepanjang tempoh latihan orientasi selama tiga bulan, Liu dan rakan-rakannya dikehendaki mengimbangi mangkuk di atas kepala untuk membentuk postur badan yang sempurna serta mengigit penyepit kayu untuk mengamalkan senyuman yang sempurna.
Menceritakan pengalamannya sepanjang bertugas menjadi kabin krew, Liu berkata ada satu ketika dia terpaksa berhadapan dengan cabaran apabila berdepan dengan penumpang yang hilang sabar selepas satu penerbangan dari Beijing terpaksa ditangguhkan namun Liu hanya menenangkan mereka dengan senyuman.
Di akhir penerbangan, beberapa penumpang yang mengamuk tersebut memohon maaf kepadanya diatas kelakuan buruk mereka.
Dalam pada itu, Liu berkata kerjayanya membuatkan dia berasa bangga kerana profesionalisme akan memberi inspirasi kepada anak muda untuk menjadi kabin krew apabila mereka besar kelak.
Liu telah dinaikkan pangkat menjadi ketua atendan pada tahun 2014
Post a Comment