Inilah Maksud Disebalik Lampu dalam Kabin Pesawat


Kebanyakkan orang tidak sedar, lampu pesawat sering berubah warnanya ketika pesawat sudah diatas udara. Ternyata perubahan warna pada kabin pesawat mempunyai tujuan khusus kepada para pengguna pesawat. Setiap warna mempunyai ertinya sendiri sesuai dengan keperluan dari pesawat, seperti yang dipetik dari travelandleisure.com.

Ternyata menurut Journal of Consumer Psychology, semakin keras cahaya yang dikeluarkan oleh lampu, maka perasaan manusia makin tertekan. Jadi warna lampu yang digunakan di atas pesawat kala penerbangan sedang berlangsung adalah warna-warna yang lembut.

1-Lampu Putih

Beberapa warna yang sering kelihatan dalam kabin pesawat adalah putih, lampu ini dinyalakan ketika pesawat akan berlepas dan telah mendarat di lapangan terbang destinasi. Lampu putih memberikan tanda bahawa pesawat dalam keadaan siap untuk berangkat dan memudahkan para penumpang duduk, menyimpan barang dan menggunakan tali pinggang keledar.

2-Lampu Biru

Warna selanjutnya adalah warna biru yang sering digunakan pada masa penerbangan malam hari. Lampu ini dihidupkan dengan perlahan ketika pesawat sudah berlepas pada ketinggian yang sesuai. Lampu biru memberikan kesan nyaman dan perasaan yang tenang, sehingga memudahkan penumpang untuk berehat.

3-Lampu Orange

Ketika sedang menaiki pesawat jarak jauh, maka anda akan sering melihat lampu orange yang tidak terlalu terang dihidupkan pada masa penerbangan. Lampu berwarna orange lembut biasanya memberikan kesan yang tenang dan membangkitkan selera makan, kerana itulah lampu ini dinyalakan pada saat makan berlangsung. Selain itu lampu orange juga membantu pengubahsuaian cuaca dalam kabin, sehingga penumpang tidak secara tiba-tiba bangun saat makanan akan diagihkan dan boleh tidur lebih lama dengan menyesuaikan jam biologi penumpang.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.