Inilah Alasan Mengapa Lampu Di Dalam Pesawat Perlu Dimalapkan Ketika Berlepas Dan Mendarat
Bagi mereka yang sering menaiki kapal terbang, sudah pasti akan mengalami keadaan di mana lampu di dalam kabin kapal terbang akan dimalapkan seketika, bila pesawat ingin berlepas, juga mendarat. Mungkin ramai di luar sana yang tertanya-tanya, mengapa tidak membiarkan sahaja keadaan yang terang di dalam pesawat.
Menerusi perkongsian dalam The Telegraph, juruterbang Patrick Smith kongsikan sebabnya. Jom kita ikuti perkongsiannya.
Ianya menjadi persoalan misteri buat mereka yang menaiki kapal terbang, tetapi tiada yang memberi jawapan bagi persoalan tersebut:
Kenapa pramugara / i malapkan lampu di dalam pesawat ketika berlepas dan mendarat?
Menurut seorang juruterbang, Patrick Smith, yang juga penulis buku Cockpit confidential, ianya kerana:
1. Memalapkan lampu boleh memberikan mata anda untuk menyesuaikan diri dengan keadaan gelap, supaya penglihatan anda tidak sepenuhnya menjadi gelap jika sesuatu berlaku, atau terputus bekalan kuasa
2. Ianya secara langsung memberikan peluang untuk melihat pintu keluar di dalam gelap, atau asap tebal
3. Lampu kecemasan yang ada di dalam pesawat juga dapat dilihat dengan lebih jelas, dan ia memudahkan untuk melihat, serta mengekalkan perkara asas, seperti jalan mana perlu dituju.
4. Penutup tingkap yang ada di dalam pesawat juga merupakan salah satu daripada strategi tersebut, di mana perlu dinaikkan, ketika berlepas dan mendarat.
Mata manusia boleh mengambil masa sehingga 10 minit untuk menyesuaikan diri sepenuhnya dengan kegelapan, yang mana masa tersebut sangat bernilai, lebih-lebih lagi jika perlu meninggalkan pesawat dengan secepat mungkin.
Post a Comment