GrabShare Diperkenalkan Sebagai Perkhidmatan Baru
GrabShare membolehkan anda berkongsi satu kereta dengan penumpang lain untuk tiba ke sesuatu tempat yang berhampiran. Membezakan dengan GrabHitch adalah di mana GrabShare menggunakan pemandu GrabCar professional dan bukannya pemilik kenderaan seperti GrabHitch.
Disamping itu, GrabShare juga membolehkan penumpang membuat tempahan pada bila-bila masa, serta-merta dan bukannya lebih awal seperti di GrabHitch.
GrabShare ini turut menawarkan kadar tambang 30% lebih rendah berbanding dengan harga tambang GrabCar biasa.
Seperti biasa, Grab menggunakan algoritma tersendiri dalam membolehkan penyatuan pemandu dan juga penumpang dalam membolehkan penjimatan tambang ke sesuatu tempat dijayakan.
Buat masa ini, GrabShare ini hanya ditawarkan di Singapura sahaja dalam bentuk beta.
Sumber: GRAB
Post a Comment