Cara Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor
Kini, bagi semua penduduk yang menetap di Selangor, kerajaan Negeri Selangor baru sahaja melancarkan Skim Kad Peduli Sihat baru-baru ini.
Skim Kad Perubatan ini dilancarkan bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan rendah di negeri itu. Objektif utama adalah bagi mengurangkan bebanan kos perbelanjaan perubatan yang terpaksa dihadapi oleh ramai penduduk di negeri tersebut.
Cara Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor
Kad Peduli Sihat ini diberikan kepada mereka yang berkelayakan sahaja secara percuma yang bernilai RM200 atau M200.
Kad Peduli Sihat dipecahkan kepada dua kategori:
Kategori A
Satu keluarga hanya boleh menerima satu Kad Peduli Sihat sahaja. Ia boleh digunakan oleh pemegang akaun dan keluarganya.
Syarat kelayakan:
-Warganegara Malaysia
-Anak jati Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
-Boleh digunakan oleh suami atau isteri dan anak-anak mereka yang berusia di bawah 21 tahun.
-Jumlah pendapatan isi rumah haruslah tidak melebihi RM3000 sebulan.
Kategori B
Kategori B ini hanya boleh dimohon oleh individu bujang yang berusia 21 tahun dan ke atas.
Syarat kelayakan:
-Warganegara Malaysia
-Anak jati Selangor atau bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
-Hanya untuk individu yang berumur daripada 21 tahun dan ke atas
-Jumlah pendapatan isi rumah haruslah tidak melebihi RM3000 sebulan.
Borang Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor
Anda boleh membuat permohonan Kad Peduli Sihat dengan memuat turun borang di sini.
Muat turun borang: Borang Kad Peduli Sihat
Borang Kad Peduli Sihat perlu diisi dengan maklumat yang betul dan lengkap.
Kemudian, anda perlu menghantarnya ke Pejabat Adun Selangor yang berdekatan dengan rumah anda selepas 22 Disember 2016.
Post a Comment