Cara Permohonan Cuti Kuarantin KKM 2017


Kemudahan Cuti Kuarantin ini dilaksanakan untuk kanak-kanak pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa. Kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasakesihatan kerana wabak penyakit berjangkit. Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat cuti bergaji penuh sepanjang tempoh kuarantin selaras dengan peraturan dan ketetapan yang telah ditetapkan. Tempoh yang diluluskan adalah maksimum lima (5) hari.

Permohonan Cuti Kuarantin KKM 2017

Berikut adalah Borang Permohonan Cuti Kuarantin KKM 2017 yang perlu diisi di Borang Permohonan Cuti Kuarantin (lampiran B dalam pekeliling) serta diperakuan oleh pegawai perubatan Kerajaan atau Swasta. Perkhimatan ini akan dikuat kuasakan pada 1 Januari 2017.

KLIK DISINI

Syarat Kelayakan Permohonan Cuti Kuarantin KKM 2017

1. Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau Swasta yang menyatakan kanak-kanak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.

-Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah.

-Anak adalah termasuk:
1-Anak kandung (Anak sendiri)
2-Anak tiri tanggungan (Anak kepada suami atau isteri hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu yang tinggal bersama dan ditanggung nafkahnya)
3-Anak angkat de facto (Seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh pegawai sebagai anaknya di bawah sesuatu pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua (2) tahun yang berterusan dan sebelum sahaja dari tarikh permohonan tersebut di bawah Akta Pendaftaran pengangkatan 1952 [Akta 253])
4-Anak angkat (Seseorang anak yang telah dibenarkan oleh Mahkamah untuk dilantik atau dilantik semula di bawah Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257]
5-Anak pelihara (Seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu bapa peliharaan di bawah perenggan 30 (1) (e) Akta kanak-kanak 2001 [Akta 611])

2. Pemberian kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai adalah seperti berikut:

-Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau Swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am ; dan

-Dengan syarat anak yang dikuarantin adalah:
1-Berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun
2-Tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.

Senarai Penyakit Berjangkit

1-Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
2-Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
3-Campak (Measles)
4-Chickenpox
5-Difteria
6-Malaria

* Jenis penyakit berjangkit di atas adalah tertakluk kepada pindaannya / tambahan dari masa ke semasa.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.