Cara Pegang Stereng Kereta Yang Betul
Menurut Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), Persatuan Automobil Amerika (AAA), dan tenaga pengajar di negara itu, cara memegang roda stereng baru ialah merendahkan tangan pada kedudukan jam 9 dan 3, atau 09:15; atau lebih rendah iaitu 8 dan 4, atau 08:20.
Menurut MSNBC, perubahan ini adalah cara untuk melindungi tangan dan kepala kerana apabila beg udara mengembung, ia berisiko mencederakan tangan pemandu yang memegang stereng pada kedudukan lama, termasuk menyebabkan tangan menampar atau menghentak muka sendiri. Jadi, cara baru ini ialah langkah mengelak anda mencederakan diri sendiri.
Anda mungkin juga ada lebih kawalan atau kestabilan dalam posisi selari yang sama dengan kedudukan jam 9 dan 3, menurut garis panduan bagi pemandu baru yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan Awam Texas.
CARA MEMBELOK PUN BERUBAH
Akhir sekali adalah cara tangan atas tangan atau hand over hand (gambar atas), iaitu langkah menyilang atau mengilas tangan bertentangan ketika memusing stereng pada arah kiri atau kanan.
Sebaliknya, anda sepatutnya menggunakan cara tolak-tarik atau push-pull (gambar bawah), iaitu menolak stereng ke atas menggunakan sebelah tangan ke arah haluan yang mahu dibelok, manakala tangan sebelah lagi menarik ke bawah, tanpa menyilang atau mengilaskan tangan.
Ia juga cara yang dibuat atas alasan keselamatan untuk mengelakkan kecederaan sekiranya beg udara mengembung akibat kemalangan. Kebanyakan kereta moden hari ini sudah menggunakan sistem stereng kuasa sama ada daripada jenis hidraulik atau elektrik.
Semoga bermanfaat!
Ada cara rupenye.. Kite main hentam aje janji mudah..
ReplyDeletebtol tu kak...bru tau skrg
Delete