Cara Membuat Kek Batik Dengan Mudah

Cara Membuat Kek Batik Dengan Mudah

Bagi anda yang meminati bab cari resepi makanan, kuih-muih dan sebagainya. Kali ini ingin saya kongsikan satu cara buat kek batik dengan mudah. Senang saja nak buat kek batik nih! Jom ikut cara membuat kek batik dibawah!

Cara Membuat Kek Batik Dengan Mudah

Bahan-bahan:
1/4 kg Biskut Marie
1/2 tin susu pekat manis
2 biji telur
Sebuku Mentega
Serbuk tepung milo

Cara Membuat:
1- Patahkan biskut Marie mengikut kesukaan anda

2- Sapukan mentega dalam 1 sudu teh pada dasar tray aluminium

3- Cairkan mentega di dalam periuk

4- Selepas itu, masukkan susu pekat ke dalam kuali. Gaulkan bersama dengan mentega yang telah cair sehingga sebati

5- Tambahkan serbuk milo dan gaul dengan menggunakan kadar api yang sederhana

6- Tambahkan telur 2 biji tersebut sekaligus dan kacau sehingga sebati

7- Masukkan biskut Marie tadi yang telah siap dipatah ke dalam periuk tersebut. Gaulkan secara perlahan-lahan dan ratakan coklat ke seluruh biskut sehingga meliputi seluruh bahagian biskut

8- Tuang sedikit demi sedikit bancuhan biskut dan serbuk milo tadi, sambil menekan bancuhan biskut rapat ke dasar tray. Ulang langkah ini sehingga bancuhan biskut habis dituang ke dalam tray.

9- Kemudian, sejukkan kek batik tersebut sekurang-kurangnya 4 jam

10- Siap untuk dijamah

Selamat mencuba di rumah anda!

No comments

Powered by Blogger.