7 Tips Beli Tiket Flight Dengan Harga Murah
Jika membeli sesuatu, atau ingin menginap di mana-mana tempat percutian, anda pasti akan membuat tempahan seal mungkin, kerana ingin mendapatkan harga yang lebih murah.
Begitu juga dengan pembelian tiket kapal terbang, yang memerlukan anda membeli lebih awal, lagi-lagi dengan tawaran, dan diskaun yang diberikan, kadang kala, beberapa bulan sebelum penerbangan, anda sudah membeli tiket kapal terbang.
Tetapi, bukan itu sahaja, terdapat beberapa tip lagi yang anda boleh lakukan, untuk mendapat harga tiket kapal terbang dengan lebih murah.
7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH
1. Tempah Hari Selasa dan Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari yang terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat-syarikat biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu.Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.
2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal
Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat-syarikat sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah.
3. Hari Terbang Yang Sesuai
Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat-syarikat memang akan tetapkan dua hari ini sebagai 'hari kurang sibuk' untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.
4. Cari 'Best Deal' Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akantawarkan 'Best Deal' kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin semak harga tiket dalam tempoh ini.
5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil
Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan 'lapangan terbang utama' bagi sesebuah destinasi itu.Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus dipilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di Heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang 'kecil' yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!
6. Buang 'Cookies'
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali.
7. Bandingkan Harga
Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama.
Semoga bermanfaat!
Post a Comment