7 Sebab Kenapa Anda Perlu Bercuti Di Pulau Boracay
Di Thailand mudah dikenali dengan destinasi pelancongan di Phuket manakala Malaysia sendiri pula terkenal dengan Pulau Perhentian. Begitu juga Filipina apa kurangnya kerana amat terkenal dengan Pulau Boracay (Boracay Island). Mesti anda belum tahu tentang Pulau Boracay ini. Pulau Boracay mempunyai tarikan pelancongan tersendiri dengan kecantikan laut yang membiru dan pantai yang indah.
Berikut adalah 7 sebab mengapa anda perlu bercuti di Pulau Boracay:
1. Merupakan Pulau Tercantik di Filipina
Mungkin ramai yang impikan sebuah percutian seakan-akan di pulau Bora-Bora atau Maldives. Maka Boracay lah destinasi terbaik untuk anda nikmati percutian yang hebat walaupun di luar Malaysia. Penerbangan mengambil masa 8 jam dari Kuala Lumpur ke Kalibo dan 2 jam perjalanan dengan van dari lapangan terbang Kalibo ke jeti Caticlan.
2. Buat Pilihan Percutian Mengikut Bajet
Terdapat 3 jenis station di Pulau Boracay iaitu station 1 adalah bagi mereka yang inginkan percutian mewah dan privasi. Bagi station 2 adalah bagi percutian yang sederhana manakala station 3 adalah untuk bagi backpackers yang lebih memilih percutian bajet.
3. Kecantikan Air Laut Yang Membiru dan Pasir Pantai Yang Memutih
Anda akan jumpa pantai yang mempunyai pasir yang sangat bersih dan indah berlatarbelakangkan lautan yang membiru jika ke Pulau Boracay. Sebab itu Pulau Boracay pernah beberapa kali dinobatkan sebagai salah satu destinasi pelancongan tercantik di dunia!
4. Pelbagai Aktiviti Menarik
Bukan sahaja anda dihidangkan dengan keindahan pantainya Boracay juga turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian anda. Pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh cuba antaranya adalah snorkeling, Fly fish, Horseback Riding, Zipline, ATV ke Gunung Luho dan payung terjun.
5. Berpeluang Membuat Aktiviti Cliff Jumping
Jangan lepaskan peluang sekiranya ke Pulau Boracay dengan mencuba aktiviti Cliff Jumping atau melompat dari tebing di Ariel Point. Malah anda boleh memilih ketinggian yang anda mahukan. Memang awesome la!
6. Makanan Halal Yang Mudah Didapati
Selain makanan seafood yang fresh, apa yang paling penting bagi pelancong beragama Islam adalah makanan tersebut halal. Tapi anda tidak perlu risau kerana di Boracay terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan halal malah mereka sangat mengalu-alukan pelancong dari Malaysia.
7. Suasana Laut dan Pantai Yang Cantik
Di Pulau Boracay anda pasti tak akan lepaskan peluang melihat dan menikmati kecantikan laut yang membiru dan pantai yang bersih. Anda boleh rasai kenikmatan ini sepertimana anda pernah berada di Pulau Pangkor.
Ketika ini sedang berlangsungnya Cabaran Shaylanista 3.0 dari bulan November lalu sehingga Januari 2017 selama 3 bulan berturut-turut. Cabaran Shaylanista 3.0 ini terbuka kepada semua wanita yang bertudung.
Dengan menyertai Cabaran Shaylanista kali ini, mana tahu rezeki anda untuk dapat bercuti selama 4 hari dan 3 malam ke Pulau Boracay!
Jom ke Pulau Boracay sempena cuti sekolah ini!
Post a Comment