5 Tempat Menarik Bercuti di Pulau Pinang


Negeri Pulau Pinang mempunyai keunikan destinasi pelancongan tersendiri. Mesti saban hari ramai pelancong yang tidak jemu melepaskan peluang pergi bercuti atau melancong bersama keluarga di Pulau Pinang. Pulau Pinang amat mudah dikenali dengan kecantikan pemandangan di Bukit Bendera, Padang Komtar, Pantai Teluk Bahang dan lain-lain lagi.

Berikut adalah beberapa tempat menarik yang ada di negeri Pulau Pinang :

1- Penang Time Funnel

Mesti anda tidak tahu apa yang menarik di tempat ini! Disini, merupakan muzium yang terbahagi kepada dua zon. Zon pertama menempatkan tentang sejarah perjalanan Pulau Pinang manakala zon kedua lebih kepada tarikan hiburan dengan menempatkan beberapa lukisan mural 3D.

2- Pantai Teluk Bahang

Selain mempunyai pemandangan laut yang cantik dan pantai yang bersih, di sini pelbagai aktiviti yang anda boleh cuba. Ada juga aktiviti pantai seperti bermain jetski dan parasailing.

3- Taman Botani Penang

Merupakan kawasan rekreasi yang popular di Penang. Disini, anda boleh lihat pelbagai taman-taman tumbuhan yang dijaga dengan baik. Selain itu, anda boleh juga menyaksikan monyet yang berkeliaran di Taman Botani tersebut.

4- Escape Theme Park Penang

Sebuah taman tema darat yang mencabar tidak jauh dari tempat peranginan Batu Feringgi. Pelbagai aktiviti menarik bagi penggemar aktiviti lasak seperti flying fox, meniti titian tinggi, memanjat dan lain-lain.

5- Bukit Bendera

Setiap orang yang datang ke Penang pasti akan datang ke Bukit Bendera. Disini anda boleh menaiki kereta kabel ke puncak Bukit Bendera dengan melihat pemandangan cantik dari puncak terutama pada waktu mentari senja.

Moga-moga dengan cuti hujung tahun ni anda boleh bawa keluarga anda pergi bercuti di tempat menarik yang ada di Pulau Pinang ini!


No comments

Powered by Blogger.