5 Tempat Menarik Bercuti di Negeri Perak


Kalau sebut saja tentang negeri Perak, memang anda sudah tahu tentang pelbagai destinasi pelancongan yang menarik yang anda boleh kunjungi. Di Perak, terkenal dengan tarikan pelancongan seperti tarikan pulau, hutan lipur dan taman tema yang sangat memukau.

Berikut adalah beberapa tempat menarik yang anda boleh lawati di negeri Perak Darul Ridzuan:

1- Kellie's Castle

Merupakan salah satu tarikan yang ada di Perak. Kellie's Castle telah dibina oleh Kellie untuk isterinya pada tahun 1915 sebagai lambang cinta sejatinya. Sehingga sekarang rumah ini telah dibiarkan begitu saja dan dikatakan menjadi salah satu tempat sejarah.

2- Pulau Pangkor

Merupakan sebuah pulau peranginan yang paling terkenal di Perak. Sebut saja negeri Perak, mesti anda akan tertarik untuk pergi ke Pulau Pangkor. Selain mempunyai laut yang cantik dan pasir yang memutih, terdapat juga aktiviti menarik di sini seperti bermain jetski, snorkelling dan menaiki banana boat.

3- Lost World of Tambun

Sebuah taman tema yang lengkap dengan kemudahan seperti water park dan hot spring park. Antara tarikan menarik yang ada di Lost World of Tambun adalah water park, adventure park, tiger valley, amusement park dan lain-lain.

4- Air Terjun Lata Kinjang

Sebuah tempat air terjun yang sangat popular dengan ketinggian air terjun dan mempunyai kemudahan untuk berkelah, berkhemah, jungle trekking dan macam-macam lagi.

5- Taman Tasik Taiping

Salah satu tarikan pelancongan yang ada di Perak yang berdekatan dengan Zoo Taiping.
Taman ini merupakan salah satu taman tasik buatan manusia yang terawal di Malaysia. Suasana di sini amat cantik dan pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh cuba seperti berkayuh bot sambil melihat pemandangan yang cantik.

Kalau anda belum tahu dimana destinasi yang harus tuju untuk anda bercuti, boleh anda cuba pergi bercuti di negeri Perak ini. Pelbagai destinasi dan aktiviti menarik yang anda boleh cuba disini.

Selamat bercuti!

                Image result for lost of tambun

No comments

Powered by Blogger.