5 Perkara Perlu Awasi Apabila Anda Bermalam di Hotel
Beberapa benda ini perlu anda elakkan penggunaanya, seperti yang dikeluarkan oleh foxnews.com.
1- Remote control televisyen
Percaya atau tidak, remote control salah satu benda paling kotor di bilik hotel anda. Petugas pembersihan ruangan harus bergerak cepat ke pelbagai bilik dan sering luput membersihkan remote control di bilik anda. Percaya atau tidak remote mungkin mempunyai jumlah bakteria yang sama dengan tandas anda.
2- Telefon
Menurut siasatan yang dilakukan pada lima hotel ternama di Amerika Syarikat, telefon yang ada di bilik hotel mempunyai bakteria didalamnya. Para tetamu sering menggunakannya, bahkan bernafas ke gagang telefon yang boleh menyebarkan bakteria dengan mudah.
3- Sinki
Sebelum menggunakan sinki, usahakan membersihannya terlebih dahulu dengan sabun. Oleh kerana banyak sekali tandas bilik hotel yang hanya dibersihkan sekilas saja. Bahkan dalam sinki banyak bakteria yang mudah berpindah apabila anda membersihkan diri.
4- Selimut
Pastikan selalu cek selimut dan bantal yang digunakan ketika tidur, kerana hotel yang sangat padat boleh membuat perkembangan kutu tumbuh dengan cepat. Demi menjaga keselamatan, usahakan bawa selimut sendiri, atau periksa dengan cara menggebah selimut agar ketahuan apa ada kutu di dalamnya atau tidak.
5- Peti Sejuk
Peti sejuk kecil yang ada dalam bilik anda, merupakan salah satu benda yang luput dari pemeriksaan pembersihan bilik. Bila anda benar-benar ingin minuman sejuk, usahakan membelinya di luar atau mengubungi perkhidmatan bilik yang sedia dihotel, untuk mengantarkannya pada anda.
Semoga tips ini berguna untuk anda yang ingin bermalam di mana-mana hotel!
Post a Comment